*Tips Snap Slide Guna Smart Phone*
Saya lihat ramai peserta kursus mengambil gambar slide dari presenter menggunakan telefon. Kemudian gambar tersebut disimpan atau dikongsi bersama rakan melalui whatsapp atau seumpamanya. Akan tetapi gambar tersebut akan herot bergantung kepada posisi mana dia duduk. Jika duduk tepi dewan, gambar akan herot dan slide tidak cantik untuk di kongsi.
Terdapat satu android App bernama CamScanner amat berguna utk mengambil gambar ketika berkursus. Aplikasi tersebut percuma dan tidak memberatkan telefon anda.
Pic berikut beberapa step utk donwload App dan cara mengambil serta edit gambar cantik tersebut.
Selamat mencuba
Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli