Mulai isnin lepas hingga khamis, handle kursus melibatkan methodologi kajian.

.

Isnin, Selasa berkampung di Klinik Sebarang Takir, tepu otak berbengkel bagaimana menjalankan kajian dan penggunaan SPSS dalam membuat penganalisaan data. 

Rabu, Khamis pula berkampung di RTC AMBS sampaikan ceramah asas kajian QAP. Kemudian sesi sumbangsaran setiap kumpulan bagi melahirkan kertas cadangan kajian masing-masing. Alhamdulillah 7 topik selesai dibentangkan. Semoga akan menjadi mercu kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di Daerah Dungun. 

Ahad minggu depan, akan bertumas pula seharian di Pkd Dungun dalam penyampaian yang sama – Bengkel kajian dalam perubatan (HSR). 

Sebaik sahaja graduasi dari master hingga sekarang, semakin seronok dengan penyampaian ilmu yang sekelumit ini. Mungkin analisa yang canggih manggih seperti analisa Kaplan, regression, ancova dan pelbagai lagi saya tidak mahir, tetapi analisa asas seperti Chi², Student T Test, Paired T Test boleh lah ajar lebih kurang. 

Pengalaman saya yang berkecimpung dalam ajar SPSS ini, ramai antara kita jadi takut untuk buat analisa kerana tidak familiar dengan arahan komputer dalam SPSS. Mereka tidak yakin dan tidak tahu fungsi menu mana yang nak di pilih. Selain itu ramai juga yang agak kaku dalam pengolahan data bermula dari data mentah ke data yang sudah sedia untuk dianalisa. Walaupun sebahagian dari mereka sudah banyak kali terlibat dalam bengkel seumpamanya, tetapi apabila tidak membiasakan diri dengan pengolahan data dan analisa, mereka juga kekoh untuk keluarkan keputusan bermakna melalui SPSS. 

Bagi memudahkan semua saya sudah upload nota dan sample data latihan dalam suhazeli.com. [https://suhazeli.com/wp/?download_category=statistik-ppt]. Nota tersebut bukan sepenuhnya tulisan saya tetapi diambil dari pelbagai sumber sepanjang penglibatan saya dalam program ini. 

Sekian 

Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

suhazeli.com 

9.3.2017 

Kuala Berang 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePokok Ulam Raja Sembuh Kanser?
Next articleKenapa Ujian Minum Air Gula dibuat? 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com