Serumah tapi Tidak Sebumbung
FOMCA telah melancar satu kempen yang bijak. “Tidak menonton TV selama seminggu” adalah kempen bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Saya teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Ust Hasrizal yang mengulas lanjut The 7 habit of Highly Effective People bahawa kia jangan menjadikan keluarga kita Serumah tapi Tidak Sebumbung. Dengan maksud keluarga kita apabila berada di rumah, setiap dari kita semestinya melakukan aktiviti secara berjemaah. Bukannya setiap individu melakukan kerja bersendirian. Si ibu memasak kesaorangan, sibapa membasuh kereta bersendirian, si abang main bola sendirian, si bongsu jua berada dalam dunia ciptaan masing-masing. Marilah kita sahut seruan FOMCA ini.

Comments are closed.