C.E.G.A.H
Virus mudah berjangkit dari individu ke individu. Selsema biasa mungkin tidak mendatangkan kebimbangan. Namun selsema seperti Influenza atau SARS, MERS-Cov, 2019-nCov, cepat memudaratkan kita. Kaedah yang paling baik adalah menCEGAH diri dari melakukan beberapa perkara.
.
Ingat perkataan C.E.G.A.H
.
Cegah diri dari selalu memegang hidung, mulut tanpa sebab.
.
Elakkan diri dari berada dekat dengan pesakit yang mengalami gejala selsema. Jika anda sendiri demam selsema, elakkan diri dari batuk atau bersin merata-riti. Guna sapu tangan atau mask atau pekup hidung/mulut semasa batuk atau bersin.
.
Galakkan membasuh tangan setiap kali melakukan pekerjaan yang melibatkan tangan seperti sebelum/selepas makan, selepas beristinjak, membuat kerja rumah dll.
.
Ambil pemakanan yang sihat serta seimbang. Ambil air secukupnya seharian.
.
Hindari dari memegang atau bermain dengan binatang liar. Hindari diri dan keluarga dari tempat yang agak padat, kecuali keperluan mendesak untuk ke sana.
.
Sekian pesanan masyarakat dari suhazeli.com
8.2.2020
Kuala Dungun
