Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Sejarah dan Arti di Sebalik Deklarasi Kemerdekaan Palestin pada 15 November

Hari ini seluruh dunia berkempen untuk mengenakan pakaian hijau. Apa ertinya?

15 November adalah hari kemerdekaan negara Palestin, yang memperingati deklarasi kemerdekaan yang diproklamasikan pada tanggal itu pada tahun 1988. Deklarasi kemerdekaan ditulis oleh penyair Palestin Mahmoud Darwish dan diumumkan oleh Yasser Arafat di Algiers, Aljazair. Deklarasi ini didasarkan pada Resolusi PBB 181 (II) yang mengatur pembahagian wilayah Mandat British menjadi dua negara, iaitu Israel dan Palestin.

Walaupun ianya pahit diterima mengenai resolusi dua negara ini oleh rakyat Palestin itu sendiri, tetapi bagi menjamin hak dan kedaulatan sebuah negara yang bernama Palestin, ianya terus dirayakan. Palestin adalah hak milik rakyat Palestin yang muslim, bukannya kepada penjajah Yahudi bernama Israel.

Deklarasi 15 November ini juga menetapkan Jerusalem sebagai ibu kota Palestina, meskipun kota itu saat itu berada di bawah penaklukan Israel. Deklarasi kemerdekaan ini merupakan langkah penting dalam perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan pengakuan dan kedaulatan atas tanah air mereka, yang telah mengalami konflik dan kekerasan sejak abad ke-20.

Meskipun negara Palestina belum memiliki kedaulatan penuh atas wilayahnya, deklarasi ini telah diakui oleh sebahagian besar negara di dunia, dan Palestin telah ditingkatkan statusnya menjadi negara pemerhati bukan-anggota di PBB pada tahun 2012. Hari kemerdekaan Palestin adalah hari perayaan kebangsaan dan dirayakan dengan upacara, parade, dan demonstrasi patriotik oleh rakyat Palestin di seluruh dunia.

Namun disaat ini rakyat Palestin diratah lahap oleh Zï0n1t I$ra3l dan cuba menghalau mereka keluar dari bumi tanah tumpah mereka sendiri.

Marilah beri sokongan moral kita kepada mereka dengan bersolidariti merayakan kemerdekaan Palestin dan menyuntik semangat kepada mereka untuk terus berjuang bagi membebaskan negara mereka yang dicengkam kezaliman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles