Sakit Jantung Komplikasi COVID-19
Kita boleh perhatikan sendiri melalui statistik terakhir walaupun kes mencecah lebih pada 30,000, tetapi kes teruk COVID-19 kategori 3 -5 yang perlu rawatan hospital serta intensif di ICU adalah sedikit sahaja. Peratus yang teruk dalam 2.9% sahaja dan kematian kurang dari 0.1%.
Ini adalah keberkesanan program vaksinasi yang telah berjalan setahun berlalu. Walau bagaimana pun kita perlu menilai 2 isu utama yang tidak boleh tidak kita akan hadapinya jika kita tidak mengambil langkah tegas.
1. Jumlah jangkitan semula kes COVID-19 meningkat kerana antibodi yang diperolehi secara semulajadi atau vaksinasi akan menurun berkadar dengan masa. Justeru pengambilan vaksin dos panggalak amatlah disarankan terutama golongan tua dan individu yang mempunyai penyakit kronik.
2. Kajian terbaharu dari John Hopkins Hospital mendapati setiap individu yang dijangkiti oleh COVID-19 tanpa mengira kategori, mereka berisiko tinggi menghidapi komplikasi sakit jantung. Kajian ini menyatakan kesan komplikasi sakit jantung akan berpanjangan sehingga bertahun lamanya. Begitu juga kesan komplikasi lain yang dinamakan sebagai Long Covid. Justeru, kita seboleh mungkin berusaha menghindarkan diri kita dari dijangkiti oleh COVID-19 dan dapatkan vaksin selengkapnya.
Suhazeli Abdullah
18.3.2022
https://publichealth.jhu.edu/2022/covid-and-the-heart-it-spares-no-one
