Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Penghayatan Puasa

Pada hakikatnya puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan minum pada siang hari. Tetapi puasa yang sebenarnya ialah menegahkan diri daripada segala yang perkara haram, dosa dan maksiat seperti mengumpat, berbohong, menipu, memandang yang haram, memudaratkan orang lain dan sebagainya.

Sebahagian ulama berkata:”Ramai orang yang puasa, berbuka; dan ramai yang berbuka, berpuasa. Orang berbuka yang puasa ialah orang yang memelihara anggota badannya dari yang haram, padahal dia makan dan minum. Dan orang berpuasa yang berbuka ialah orang yang menahan makan dan minum hingga lapar dan dahaga, tetapi pada waktu yang sama dia membebaskan anggota badannya melakukan yang haram.”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:”Puasa itu bukanlah sekadar menahan makan minum, tetapi puasa itu ialah menahan dari melakukan perkara sia-sia; maka jika seseorang memaki engkau atau dia tidak mengetahui engkau sedang berpuasa, maka katakan:”Sesungguhnya saya berpuasa, sesungguhnya saya berpuasa!”. “
    (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Sabda Rasuulllah s.a.w lagi :

    Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: rasulullah s.a.w. bersabda:”Seringkali orang yang berpuasa itu hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga, dan sering kali orang yang bangun malam itu hanya sekadar berjaga.”
    (riwayat Tabarani)

Bagi menambahkan kebaikan, rahmat dan pahala dari Allah S.W.T. kaum muslimin dikehendaki mengundang kaum kerabat, jiran serta orang-orang yang dekat untuk makan bersama ketika berbuka.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

    Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:”Siapa yang memberi amkanana berbuka kepada orang yang berpuasa baginya pahala seumpama orang yang berpuasa itu, meskipun orang yang berpuasa itu tidak dikurangi pahala sedikit pun.”
    (riwayat Tirmizi dan Nasai)

Sabda Rasulullah lagi: Diriwayatkan daripada Salman r.a.katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang menjamu orang yang berpuasa ketika berbuka dengan makanan dan minuman yang halal, maka malaikat mendokannya pada saat-saat bulan Ramadhan dan Jibril mendokannya pada malam al-Qadar.”

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous article
Next article
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

2 COMMENTS

Comments are closed.

Popular Articles