Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Kisah Pendita Yahudi Tuduh WHO Nak Kawal Dunia

Terkesima juga apabila terlihat video seorang
Pendita Yahudi Ortodoks, Rabi Amnon Yitzchak, yang menuduh perubatan termasuk vaksin itu adalah Agenda 21 New World Order. Maknanya orang Yahudi sendiri pun duk jaja isu konspirasi. Sama tak dengan orang Melayu Islam yang percaya tanpa periksa hujung pangkal?
.
Dari tak terkenal, jadi terkenal pula dia seluruh dunia termasuk dijadikan hujah pihak antivaksin Malaysia bahawa semua yang berlaku ini adalah konspirasi semata-mata.
.
Rupanya beliau adalah tokoh antivaksin Yahudi. Dengan mazhab ortodoks beliau itu telah mempengaruhi rakyat Israel sendiri. Kenyataan yang dimuat naik ke Youtube itu adalah satu penipuan. Sehinggakan kerajaan Israel sendiri bergelut dengan kumpulan antivaksin dalam negara mereka sendiri.
.
Sepatutnya liputan 17 jenis vaksin di Israel mencecah lebih dari 97%, tetapi dengan wujudnya gerakan seperti ini liputan vaksinasi menurun. Dilaporkan 18% anak-anak dari kumpulan ortodoks Yahudi ini tidak menvaksin anak-anak mereka. Di kalangan Yahudi pun mempunyai masalah serupa. Sebab apa? Taksub dengan pegangan ortodoks mereka.
.
Bukan setakat itu sahaja ketaksuban mereka, dalam kalangan mereka percaya bahawa apa yang diucapkan oleh Rabi Amnon Yitzchak itu adalah dari Tuhan. Inilah pengakuan yang dibuat oleh Rabi itu sendiri kerana beliau menerima “wahyu” dari Tuhan.
.
Sebenarnya kisah Rabi ini panjang, termasuk karier politiknya gagal dan karier sebagai Rabi pun buntu.
.
Walau apa pun, kumpulan antivaksin Malaysia tetap galak share video youtube tersebut tanpa tahu kisah hujung pangkal. Asal sahaja sokong konspirasi je, terus share.
Suhazeli Abdullah
7.12.2020
Tengkawang
P/s: Boleh cari sendiri youtube Rabi tu, malas nak naikkan rating puak dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles