Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Kepala Baby Kemek Akibat Bantal

#Kepala_Kemek_Akibat_Bantal

.

“Betul ke doktor, orang tua-tua kata, kepala bayi akan kemek samada menjadi leper atau herot akibat tidur guna bantal?” Tanya seorang ibu muda yang baru sebulan bersalin anak sulung.

.

“Sepanjang pengalaman saya, berpuluh tahun khidmat, tak pernah jumpa lagi puan.” Jawab ku ringkas sambil betulkan kedudukan dikerusi. Risau juga dengan maklumat ibu-ibu muda sebegini. Di zaman maklumat hujung jari, pelbagai maklumat yang kurang tepat berlegar di alam maya.

Kepala bayi benjol, leper, herot atau kemek bukan akibat bantal keras. Variasi kepala bergantung kepada genetik masing-masing. Namun teori mendapati terdapat kes yang jarang berlaku, kepala bayi anda akan leper atau sebagainya (positional plagiocephaly) akibat dari tidur atas bahan keras. Bahan keras ini samada kayu, besi atau seumpamanya. Kajian menyatakan bentuk kepala bayi boleh terjadi sedemikian pada awal perkembangan, kemudian dari itu, bentuk kepala akan kembali kepada normal. Kajian juga mendapati bentuk kepala sebegitu tidak mengganggu perkembangan otak dan mental. Bermaksud, bayi akan berkembang secara normal, kecualilah bayi tersebut telah mempunyai penyakit lain sejak dari lahir.

.

Namun terdapat segelintir ibu-bapa yang terlalu risau bentuk kepala anak mereka herot atau leper. Walaupun sudah diyakinkan kepala sedemikian tidak membawa mudarat besar setelah dewasa nanti. Perkara-perkara berikut boleh lah diamalkan:

1) Selalu tukar posisi kepala bayi anda semasa tidur terlentang, samada kiri, kanan atau menegak. Jangan biarkan terlalu lama bayi tidur disesatu posisi.

2) Menggunakan bantal yang lembut, jangan guna kayu, buah kelapa, rehal atau sebagainya.

3) Selalu riba atau dukung bayi anda dan bermain-main dengan mereka diwaktu mereka sedar. Jangan biarkan terus terlentang sepanjang masa.

4) Terdapat inovasi yang sedang dikaji, bayi anda di pakai helmet. Tapi kesannya tetap sama. Tapi jika nak, boleh lah buat sendiri.

Sekali lagi ditegaskan, bahawa dengan tidak melakukan amalan 1-3 di atas pun, bayi anda akan berkembang secara normal. Kecuali kes yang terlalu amat-amat jarang berlaku, perkembangan tulang kepala tercantum lebih awal. Jika anda risau perkara ini berlaku pada bayi anda, silalah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

.

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.com/suhazeli

2.8.2017

Bukit Jambul, Penang

Rujukan: http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20045964?pg=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles