Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Jadual Darah Nifas yang Celaru

Kategori: Darah Nifas

Soalan:
Ustaz, saya nak tanya; isteri saya masih ada keluar darah sikit, tak menentu, sekejap ada dan sekejap keluar. Pergi klinik doh. Doktor beri ubat makan selama 30 hari. Macam pil hormon kot, saya agak laa. Sekarang nak berubat macammana lagi? Scan tak ada luka atau apa. Sudah 98 hari dah selepas bersalin anak kedua….
~ Darah nifas 62 hari…
~ Hari ke 75 mari lagi 16 hari darah…
~ Hari ke 98 keluar darah sikit.
~ Tapi yang ke 75 hari sampai 90 tu on off darah.. (rujuk lakaran gambar bawah)

Soalannya…. darah selepas tempoh nifas tu kan ustaz.. haid ke istihadah.?
Dari segi tempoh masa, nak bezakan haid dan istihadah mcm mana ye.?
Complicated sikit case ni

Jawapan:

  1. Maksima tempoh nifas adalah 60 hari. Mana-mana darah yang keluar selepas itu adalah bukan darah nifas.
  2. Darah tersebut mungkin istihadah atau mungkin haid.
  3. Dikira istihadah jika darah tersebut keluar tanpa putus dan melebihi tempoh maksima darah haid.
  4. Juga dikira istihadah jika terputus dari darah nifas tetapi keluar melebihi 15 hari iaitu tempoh maksima darah haid atau kurang dari 1 hari. ( Darah haid adalah darah yang keluar melebihi 1 hari)
  5. Jika darah nifas berhenti atau diberhenti pada hari ke 45 kemudian keluar pula pada hari 65-75, maka darah 65-75 adalah haid. (Lihat kepada sifat darah dan bau).

Wallahua’lam.

Ustaz Ahmad Tarmizi Taha
Pengerusi
Pusat Talaqqi Batu Rakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles