Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Faisal Tehrani: Selsema Babi, Apa binatang?

Selsema Babi, Apa Binatang?

Apabila dunia di hujung nyawanya, wabak demi wabak akan merebak di seluruh dunia. Dan penyelamat unggul tunggal akan muncul memimpin, membimbing dan menyelamatkan kita. Baginda adalah ‘harapan baharu’. Bukan, bukan ‘orang itu’. Bukan juga transformasi permukaan. Kedatangan baginda bukan lawatan mengejut di pasar-pasar atau di hentian bas; kemunculan baginda adalah keselamatan. Penyelamat ini bukan tok guru yang mudah dipengaruhi. Baginda ada gengsi sendiri.Demam avian dan SARS telah mengejutkan dunia.Kini muncul selsema babi, lebih 80 orang di Mexico telah meninggal dunia dan ratusan lagi jatuh sakit; dan cara jangkitannya masih penuh misteri. Tetapi, ada satu yang diyakini: virusnya dari material genetik avian, babi dan virus-virus manusia. Ia boleh menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya; dan untuk kebanyakan orang, yang terlihat hanyalah simptom biasa influenza.Setakat ini ia menyerang ‘yang muda’ dan ‘yang sihat’ sahaja.Ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja meskipun bukan pemakan daging babi.Lihat orang di sebelah anda, tidakkah anda gerun?Sudah tiba masanya kita mengenal ‘penyelamat’ kita. Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sampai seorang lelaki daripada Ahlul-Baytku datang, yang namanya sama dengan namaku.”Lihat Musnad Ahmad hadis nombor 376 dan Sunan Tirmidzi hadis 3231.Sudahkah kita mengenal baginda penyelamat ini?
Datuk nenek kita sudah lama mengenalnya. Tetapi kita, kita selalu terlupa. Mari kita lihat sebuah kitab yang digunakan di pondok-pondok di Patani. Kitab berjudul Ksyful Ghaibiyah, karangan Syaikh Zainal Abidin Fatani dalam menyatakan silsilah penyelamat ini. Syaikh Zainal Abidin seorang sunni tentunya. Di sebutkan penyelamat ini daripada keturunan Saidina Ali, melalui Saidina Husein.Sudahkah kita mengenalnya? Sudahkah? Sebelum wabak kejahatan menelan, sudahkah kita mengenal penawarnya?

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

63 COMMENTS

Comments are closed.

Popular Articles