Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

EVALI

Kerosakan Paru-paru Akibat Vape

Tahun 2015 lagi kami dah beri amaran bahawa Vape bahaya. Tetapi boleh bayangkan pada masa tu ramai vapers dan perokok tegar menyerang kami dengan menuduh mereka-cipta penyakit yang tak akan wujud. Ye lah pada masa tu bukti kecederaan paru-paru akibat sedut Vape adalah terhad. Jumlah kes pada masa itu tidak nampak dengan jelas, kecuali beberapa kajian kes yang serius berlaku di luar negara. Vapers menyangkalnya dengan menuduh kes-kes tersebut adalah terpencil.
Kami bersyukur, sejak 2015 sekarang, kami masih utuh menyatakan Vape itu bahaya. Setelah 7 tahun berlalu, bukti kerosakan umat semakin menyerlah akibat sedut Vape.
Majlis Fatwa pun turut bersama KKM dengan memutuskan fatwa Vape adalah haram. Keputusan rasmi MKI pada 21 Disember 2015 jelas memutuskan pengharaman Vape atas beberapa dasar hukum. Antara asas fiqh yang dinyatakan adalah Vape itu membahayakan kesihatan, membazir dan tidak terbukti membantu rawatan penagih rokok.
Kita tidak mahu rentak yang sama atas pengharaman rokok sekitar 50 tahun lalu. Oleh kerana ketidaktegasan pihak berwajib dan keputusan hukum pada masa tersebut, rokok terus subur berleluasa. Hinggakan kerajaan sendiri membuka industri tembakau bagi meraih ekonomi negara. Sekarang kita menanggung kerosakan umat hasil dari bahana tembakau yang terlalu sukar dibanteras. Kerajaan terpaksa menanggung 4 bilion ringgit setahun bagi merawat perokok dan komplikasinya.
Kita wajib belajar dari sejarah ini. Vape perlu dibanteras segera dan tegas! Usaha kami tidak akan berhasil jika semata-mata mengharapkan KKM, tetapi semua pihak termasuk setiap individu dalam masyarakat mempunyai kesedaran ini.
Suhazeli Abdullah
27.6.2022
Auditorium
Institut Kanser Negara
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10333
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles