Kesalahan yang melibatkan golongan remaja dan semua kesalahan di bawah RUU Kawalan Tembakau ini 2022 ini adalah bukan suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7).
Ianya bukan satu kesalahan jenayah. Takkan depa tak faham bab ni. Bahkan orang yang kena denda itu tidak pun dipenjarakan. Inilah perbezaan besar akta baharu 2022 ini berbanding akta induk 2004 dengan beberapa pindaan termasuk pindaan 2018 yang menyaman atau boleh memenjarakan orang kena denda itu tidak lebih 2 tahun.
Dalam Peraturan 13 (1) PPKHT 2004 (Akta induk) pun pegawai yang diberi kuasa (penguatkuasa) dah boleh masuk premis untuk siasatan. Semuanya tidak dibuat dengan semberono, sudah tentu ada prosedur kerja dan dijalankan atas arahan pegawai kesihatan setelah wujud prima facie kes.
Begitu juga kebenaran akses kepada maklumat/data berkomputer adalah peraturan standard dalam mana-mana akta. Bukan perkara baru atau terhad kepada akta ini. Contohnya Akta Cukai Jualan/ Cukai Perkhidmatan yang diluluskan semasa kerajaan Pakatan Harapan pada 2018. Kenapa masa tu tak bising? Sebab clan sama?
Peruntukan seperti ini penting sebagai punca kuasa bagi penguatkuasaan. Nanti kalau tak cukup bukti dan kalah semasa pendakwaan, salahkan kerajaan pulak kerana tak kemas buat kerja atau tiada prosedur khusus.
Saya bukan nak mengajar undang-undang tetapi nak betulkan silap fahaman atau sengaja buat-buat tak faham? Ketepikanlah berpolitik dalam isu menyelamatkan anak-anak kita dari terus terjebak dengan asap rokok dan vape ini.
Please YB. Saya sebagai pakar perubatan menyeru Yb Yb semua baca akta tu hingga faham. Kalau tak faham juga, tanya YBMK.
Suhazeli Abdullah
31.7.2020