Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Keberkesanan Homeopati dalam Merawat Penyakit: Kenyataan dari Persatuan Homeopathy

Selepas isu penolakan vaksin dari segolongan Masyarakat 2015, saya terus mempunyai pandangan berbeza terhadap homeopati.
Presiden Persatuan Homepati Malaysia, Sdr Zainol juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa homeopati tidak sesekali mengeluarkan globul vaksin. Dakwaan sesetengah pengusaha homeopati yang memberikan vaksin kepada anak-anak adalah bukan arahan dari amalan berwibawa.
Akhir-akhir ini terdapat lagi beberapa kenyataan dari UK dan negara-negara maju yang meletakkan homeopati hanya rawatan yang bernilai placebo. Saya terus meneliti kenyataan-kenyataan tersebut. Bukan untuk menidakkan salah satu jalur ikhtiar yang dibenarkan, tetapi ikhtiar itu sudah pasti wajib berpaksikan kepada asas yang kukuh. Sesuai dengan Evidence Based Medicine, ilmu dan hukum adat dikembangkan bagi memberi solusi terbaik dalam merawat manusia.
Kenyataan terbaharu adalah dari NHS UK yang memberhentikan khidmat homeopati di sana. Begitu juga kenyataan rasmi journal EBM yang menyatakan bahawa homeopati telah gagal memasuki aras pembuktian mereka dalam jalur EBM.
17/3/2018
Kota Bharu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous article
Next article
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles