Posts

Salah Ikhtiar

Ini adalah bentuk iklan yang salah. Jika ada tanda-tanda sakit jantung, jangan pergi bomoh ni. Mereka tak pandai buat CPR dan rawatan kecemasan.

Tidak salah berikhtiar dengan bacaan doa atau syifa, tetapi bukan saat ini untuk bertemu mereka.

Adakah berubat dengan hospital itu tidak bertawakkal?

Salah!

Tawakkal itu adalah berserah kepada Allah setelah ikhtiar yang munasabah dengan akal dan adat manusia. Sebagaimana seerah masyhur Rasulullah saw menegur seorang badawi yang melepaskan untanya tanpa ikat. Ikat unta itu mestilah dengan tali sengkang unta yang kukuh, bukannya tali pelepah pisang! Tidak kuat dan senang rapuh.

Sedangkan sebelum bertawakkal perlulah dijalankan ikhtiar sekukuhnya. Kaedah fekah menyebut, yang lemah/tidak kuat hujah/keraguan fakta itu terhapus setelah datangnya sesuatu yang lebih yakin/sahih.

Raja Satung

Pagi tadi seorang pesakit separuh umur datang jumpa saya di klinik. Beliau adalah pesakit kencing manis tegar tak terkawal. Ubat pil sudah optima, saya cadang pada beliau agar ambil suntikan insulin pula. Huh macam nak perang kat klinik kerana tuduh insulin ini agenda Yahudi dan ada kandungan babi. Saya terangkan dengan tenang akan kebaikan insulin dan kandungannya yang bebas dari unsur kinzir. Tapi seperti biasa…minda tersekat dengan doktrinasi entah dari mana beliau dapat.

Saya buat pemeriksaan menyeluruh atas beliau. Ternampak ketuat yang berjengket-jengket atas tengkuk. Awalnya cuba beliau sembunyikan kerana tak nak saya rawat. Setelah bertanya lebih, beliau mengaku ketuat itu sudah 6 bulan melekat, semakin membesar.
“Bomoh tradisional Segamat, Kelang, Tanah Merah sudah saya pergi doktor…..macam-macam petua secara alami sudah mereka beri. Bermula air jampi hinggalah daun yang original tanpa bahan kimia…setakat ini tak berdegih (sembuh/hilang) langsung.” Akuan jujur dari beliau.
“Lepas ni saya nak ke perubatan Islam kat Serada pula doktor……katanya sudah ramai yang sia (sembuh)”. Tambah beliau dengan penuh yakin.
“Tuan haji, ketuat ni bagi kami senang aje. Doktor akan beri bius sedikit di kawasan tengkuk tu dan potong (pembedahan kecil). Sekejap aje tak sampai setengah jam pun. Kemudian kita boleh hantar ketuat tu untuk ujian makmal, mana tahu jika ianya salah satu kanser kulit. Minta dijauhkan.” Nasihatku sebagaimana biasa dengan nada memujuk agar terima candangan rawatan moden.
“Huh tak nak doktor, saya nak cara alami juga….Penyakit Raja Satung (ketuat tersebut) ini boleh sia dengan alami je doktor. Sudah ramai yang sia”. Ujarnya dengan yakin.
“okay…….”. Aku menjadi setuju dalam tidak bersetuju. Malas nak ulangi perbahasan sama seperti isu insulin sebelum ini.
Allahu yasfiika….doaku dalam hati. Tak apa, next time aku pujuk lagi
Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli
Ketengah Jaya

2.4.2017