Makanan dan Ubatan yang mengandungi Babi

peaceMeneliti isu yang hangat sedang di perkatakan kini. lewat bacaan saya satu tulisan oleh Dr Saadan Man, Jabatan Fiqh dan Usul, UM. Salah satu ceraian dalam tulisan beliau adalah:
Dalam penelitian ulamak semasa, terdapat banyak pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana Muslim berhubung persoalan ini (unsur babi dalam makanan dan ubatan). Dalam resolusi Nadwah Pengurusan Islam Dalam Ilmu Perubatan Ke 8 yang diadakan di Kuwait pada Mei 1995, diputuskan bahawa (Wahbah al-Zuhayli, 9: 660-665):
i.Gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah daripada tulang binatang najis, kulit dan uratnya adalah bersih dan halal dimakan.
ii. Sabun yng dibuat melalui proses istihalah dari lemak khinzir ataupun bangkai binatang adalah suci dan harus digunakan.
iii. Keju yang dihasilkan daripada rennet yang didapati daripada bangkai haiwan yang halal dimakan adalah suci dan halal dimakan.
iv. Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak boleh digunakan, kecuali jika telah pasti berlaku proses istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau zatnya.
v.Bahan makanan yang mengandungi lemak khinzir sebagai ingredientnya dengan tidak berubah zatnya seperti yang terdapat pada sesetengah keju, minyak, mentega, dadih, biskut, coklat dan aiskrim adalah haram dimakan.
vi. Insulin yang diambil dari khinzir adalah harus digunakan bagi mengubati penyakit kencing manis kerana darurat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...