Saya sanggup jadi Al Gojo

image

1. Kanun Jenayah Syariah II yang telah diluluskan oleh Kerajaan Kelantan sejak 1993 hangat kembali diperdebatkan. Hasil dari ‘kesediaan’ terbaru beberapa individu Umno yang selama ini penghalang utama perlaksanaannya, kanun ini akan dibawa sebagai ‘private bill’ ke sidang Parlimen. Kelulusan Parlimen amat perlu, namun masih lagi kabur. Private Bill pun masih belum diangkat. Perjalanan masih panjang dijangka menghadapi penuh liku. Parlimen memerlukan kelulusan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum dilaksanakan secara sah.

2. Isu semakin panas dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang akan melantik Pakar Bedah dalam melaksanakan hukum potong tangan ke atas pencuri. Sanggahan dari Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan mengesahkan lagi perlaksanaan hukum ini akan menghadapi liku-liku penentangan yang berterusan. Malah kenyataan terbaru beliau supaya Kerajaan Kelantan mengambil tukang pemotong daging sebagai Al-gojo (nama timangan tukang perlaksana hukuman) menampakkan kedangkalan profesion beliau sebagai anggota perubatan yang pakar. Sekali imbas ianya menampakkan masyarakat masih tidak memahami kehendak dan matlamat hukum hudud ini dilaksanakan dalam masyarakat Malaysia yang majmuk ini.

3. Imbas kembali statistik jenayah curi semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tahun lepas sahaja kes kecurian seluruh negara melebihi 9000 kes. Termasuk ragut, samun sekala kecil dan besar. Para penjenayah sudah mangli dengan undang-undang sedia ada. Seksyen 379 dan 380 Kanun Keseksaan yang dikenakan tidak boleh mendidik rakyat untuk tidak mencuri. Malah hukuman ke atas pencuri terkadang tidak mengambil kira status seseorang. Sebagai contoh; kes yang belaku ke atas seorang penganggur di Terengganu yang mencuri susu berharga RM20 demi anak yang kelaparan, dipenjara 2 tahun dan denda. Jika hukum hudud, sudah pasti penganggur tersebut tidak dikenakan hukum potong tangan kerana tertolak dengan syarat-syarat kemanusiaan. Ianya banyak dibincang dalam kitab muktabar. Yang timbul masalah adalah pemikiran kita menyamaratakan proses penghakiman hudud ini dengan undang-undang sivil. Perincian dan perbincangan undang-undang Islam lebih teliti, adil dan mengikut fitrah kejadian manusia itu sendiri. Tersirat dari hukuman hudud adalah kegerunan kepada jiwa-jiwa manusia untuk melakukan kejahatan atas mukabumi ini. Tambahan pula bagi rakyat yang beriman, cukup yakin bahawa hudud adalah dari Tuhan sebagai pemilik setiap hati manusia. Dialah yang Maha Mengatur kehidupan manusia sejagat!

3. Mantan Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang pernah dalam satu soal jawab selepas enekman jenayah syariah II Terengganu (2003) diluluskan menjawab atas salah satu soalan; “siapa yang akan jadi tukang pemotong tangan pencuri?”. Jawab beliau, tugasan itu sudah pasti orang yang dilatih khusus dan mahir. Andai sekiranya sudah tiada orang sanggup menjalankan kerja itu, beliau sendiri sanggup jadi si pemotongnya! Asasnya bukan siapa si pemotong, perkara yang paling asas adalah enekman dan kelulusan melaksanakan di negeri Islam. Soal teknikal dan perincian perlaksanaan itu serahlah kepada yang mahir. Andai sekiranya doktor yang paling layak, apa tidaknya doktor yang melaksanakan. Jika ia bercanggah dengan etika perubatan, arahan mahkamah boleh atasinya seperti arahan pemindahan organ atau bedah siasat mayat! Jika ianya tidak dibenarkan juga oleh kerana doktor berfalsafah “Treat No Harm”, maka doktor wajib menjadi penasihat pakar. Ini adalah kerana keilmuan doktor yang mendalam dalam bab anatomi, had pergelangan tangan, mencegah komplikasi perdarahan dan jangkitan kuman amat perlu.

Ala kullihal…serahkan kepada kebijaksanaan pada yang arif bab ni. Jangan simply komen yang bukan-bukan.
Kalau semua takut nak laksana..saya sanggup jadi AlGojo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...