Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Tidak Batal puasa masukkan alat pencegah kehamilan (IUCD)

“Saya berpuasa doktor, batal puasa kalau masukkan alat tu” Tegas seorang ustazah dalam satu sesi klinik perancang keluarga pagi tadi.
“Ustazah kan sedang period?” aku menduganya agar fikir kembali persoalan yang timbul.
“Betul jugak, tak ingat plak saya tak puasa, he he” sampuk beliau tersipu-sipu.
“Tapi kan doktor, batal tak puasa kalau masukkan alat tu waktu tidak period?” Terpacul soalan lagi memohon kepastian dariku.
“emm, menurut perbahasan dan pembacaan saya dari sumber-sumber yang muktabar, memasukkan intra-Uterine-contraceptive-device (IUCD) tidak membatalkan puasa. Jumhur ulama yang bersidang di persidangan fekah perubatan antarabangsa 1997 di Morroco menyokong pandangan ini, bahawa memasukkan IUCD tidak membatalkan puasa.” jawab ku padat dan ringkas.
“oo begitu ke.. Kat mana saya nak dapatkan sumber yang doktor maksudkan tadi?” sahutnya sambil ingin pengesahan lanjut.
“Ustazah boleh download di http://papisma.org/fekahperubatan/”. Titik.

Published with Blogger-droid v1.7.2
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

129 COMMENTS

Comments are closed.

Popular Articles