Adakah KKM menggunakan Herba dari China untuk rawat COVID-19?

– Jawabnya belum pasti.

.

Apakah pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai penggunaan herba di China bagi merawat pesakit COVID-19?

– Jawabnya, herba bukan rawatan utama. Ianya tambahan. Lihat kenyataan Datuk DG minggu lepas.

.

Apakah terus kita boleh pergi kedai herba China dan beli seterusnya makan ubat herba China untuk merawat COVID-19?

– Jawabnya, jangan.

.

Kenapa doktor larang?

– Jawabnya: Herba yang pakar dari China itu beri kepada pesakit COVID-19 itu pun masih lagi tiada kata putus samada mampu merawat Covid19 atau tidak. Kajian masih lagi berjalan dan ramai pakar perubatan lain masih sangsi dengan hasil yang diterbitkan.

.

Jadi buat masa ini, apa pilihan kita?

– Jawabnya, serahkan kepada pakar-pakar dalam negara kita untuk uruskan. Mereka dah berkhidmat 24/7 selama dah sebulan lebih dah bagi menyelamatkan negara. Kita yang tak dak kepakaran perubatan ni dengar lah apa yang mereka kata. Jangan duk tambah serabut para pakar jalankan tugas.

.

Ada tak maklumat lanjut yang ditulis berkaitan dengan ubat herba?

– Jawabnya, boleh follow tulisan ilmiah oleh ahli kimia Dr Che Puteh Osman. Banyak tulisan bermanfaat dan membuka mata kita pasal herba. https://www.drcheputeh.com/post/siri-80-china-menggunakan-tcm-merawat-covid-adakah-saya-boleh-membeli-herba-di-kedai-herba-china. Saya pun merujuk kepada tulisan dan pandangan beliau bab herba bagai ni.

.

Sekian ulasan saya.

.

Dr Suhazeli Abdullah

6.5.2020

Tengkawang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...