Ramai yang keliru dengan dua istilah dalam isu #COVID-19 ini:
1. Kes disyaki.
2. Kes yang disahkan positif.
.
Anggapan masyarakat, apabila demam, batuk, selsema atau sesak nafas sahaja sudah dikira positif COVID-19, sedangkan kes baharu sahaja disyaki. Ujian lanjut wajib dijalankan untuk mempastikan sah positif COVID-19 atau sebaliknya. Selagi belum disahkan positif melalui ujian makmal, individu itu hanya diistiharkan sebagai kes Pesakit yang disyaki.
.
Kekeliruan itu timbul mungkin terlalu panik dengan paparan jumlah kes berlaku setiap hari di China atau mungkin tidak memahami istilah perubatan yang digunakan bagi mengklasifikasikan kes serangan virus Corona terbaharu ini.
.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah rapi bagi membendung berlakunya wabak COVID-19. Persediaan sebelum berlaku wabak yang meluas, kriteria-kriteria tertentu telah dibentuk bagi memudahkan perjalanan kes serta menghalang rantaian penyakit dari terus menular.
.
Kriteria-kriteria kes itu telah juga dimaklumkan kepada setiap petugas yang berada di barisan hadapan. Mereka wajib tahu satu persatu aliran perjalanan pengurusan kes jika berlaku.
.
Apakah definisi/kriteria asas yang digunakan?
.
Semua individu yang baharu sahaja sampai dari negara China, mereka akan disaring di pintu masuk negara.
.
Kes diSYAKi (Patient Under Investigation – PUI) bermaksud;
.
Mana-mana individu yang mempunyai sejarah berada di Tanah Besar China dan/atau negara-negara tersenaraI:
i. China (Termssuk Hong Kong, Macau dan Taiwan)
ii. Korea Selatan
iii. Japun
iv. Itali
v. Iran
Gejala jangkitan itu berlaku dalam tempoh 14 hari selepas memasuki Malaysia, ditambah dengan salah satu dari tanda berikut:
i. Demam.
ii. Batuk/sakit tekak.
iii. Kesukaran bernafas.
.
Kes Positif (Confirm Case): Jika kes yang termaktub dalam kriteria berkenaan dan disahkan melalui ujian makmal serta mempunyai tanda-tanda penyakit, akan di kuarantin di hospital.
.
❗️Bagi pesakit yang mempunyai tanda-tanda penyakit (PUI) tetapi belum disahkan positif, mereka juga akan dimasukkan ke hospital untuk kuarantin. Ujian makmal akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
.
❗️Manakala jika tidak mempunyai tanda-tanda penyakit (Patient Under Surveillence – PUS) tetapi mempunyai sejarah ke negara tersenarai itu atau berhubung dengan kes positif, anda akan dikuarantin dirumah dengan seliaan dari Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Sekian
Suhazeli Abdullah
2.3.2020
Tengkawang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...