🧐Berjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19

Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah pencegahan yang betul dan dapatkan rawatan jika mempunyai gejala jangkitan walau di mana anda berada.

🧐Penggunaan hand-sanitiser sudah mencukupi untuk menangani penularan virus

Hand sanitiser boleh membantu dalammengawal penularan wabak COVID-19. Namun begitu, mencuci tangan menggunakan air dan sabun adalah lebih berkesan. Selain itu, ’social-distancing’ dengan mengelak dari menghadiri tempat kunjungan umum juga digalakkan pada masa ini.

🧐Tiada harapan sembuh bagi pesakit yang dijangkiti COVID-19

COVID-19 mempunyai kadar jangkitan yang amat tinggi. Namun begitu, majoriti daripada pesakit berjaya sembuh. Setakat ini, kadar kematian wabak ini adalah pada kadar 3.5%.

🧐COVID-19 hanya mendatangkan kesan serius kepada bangsa Cina

Walaupun penularan COVID-19 bermula di Wuhan, China, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan negara asal. Wabak ini telah menular ke lebih 100 buah negara. Semua orang perlu memainkan peranan dalam mengawal penularan wabak ini.

🧐Minuman beralkohol boleh membunuh virus COVID-19

Alkohol dengan kepekatan melebihi 60% didapati berupaya membunuh dan merencat pembiakan mikroorganisma pada permukaan kulit. Namun begitu, meminum minuman beralkohol tidak dapat membunuh virus di dalam badan. Ia sebaliknya boleh mendatangkan bahaya sepertimana kes keracunan alkohol di Iran akibat dari mitos ini.

🤦🏼Singgang boleh merawat COVID-19

Tidak boleh. Simple.

Fahmi Hassan
Pharmacist
Medical Mythbusters Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...