Pancut Air Dalam Hidung

*#Sembur_Air_Buang_Hingus*

Ramai sahabat bertanya berkait dengan kaedah buang hingus bayi dengan sembur air. Lalu dipost satu video seorang ibu muda dari Thailand sedang menyembur hidung anaknya menggunakan picagari bagi membuang hingus. Nampak happy aje budak comel tu. Tiada masalah pun.

Kaedah berkenaan telah diluluskan dan selamat digunakan. Badan Berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) mengulas lanjut dalam isu berkenaan.[1]

Nasihat dari FDA, menggunakan Neti Pots atau picagari selamat untuk bayi yang berumur 2 tahun ke atas. Bagi bayi yang kurang dari 2 tahun, dikhuatiri tidak dapat “synhcro” dengan pernafasan melalui mulut. Malah aktiviti “tidak terkawal/liar” mereka boleh menyebabkan sukar untuk menyembur air ke dalam hidung.

FDA juga menasihatkan agar ibubapa menggunakan air yang bersih samada air suling, air yang sudah ditapis nyahkuman, atau air yang sudah dimasakkan bagi mengelakkan jangkitan kuman. Boleh juga dicampur sedikit garam.

Walaupun kaedah berkenaan selamat, namun ibubapa perlu mahir untuk membuat semburan. Jangan terlalu gopoh dan laju sehingga memancut air masuk ke rongga pernafasan. Jika demikian ianya akan mendatangkan mudarat besar kepada bayi anda kerana air akan masuk paru-paru.

Kaedah lain yang boleh digunakan bagi membuang hingus dalam hidung bayi anda adalah dengan menyedutnya. Saya pernah melihat seorang bapa mithali menyedut hingus anaknya dengan mulut. Walau nampak jijik, tetapi mungkin itu langkah terbaik diwaktu terdesak. Anak-anak yang kecil kekadang tidak dapat synchro pernafasan mereka melalui hidung atau mulut sehingga kelihatan mereka akan meronta sesak nafas dek kerana hidung tersumbat. Sedutlah penyelamatnya.

Di pasaran, terdapat alat khas boleh kita beli untuk menyedut hingus bayi anda (lihat gambar).[2] Getah penyedut ini lebih selamat digunakan bagi menyedut hingus bayi anda.

Semoga bermanfaat.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

suhazeli.com

27.5.2017

Kuala Berang

Pautan

[1] Penggunaan Neti Pots. https://www.fda.gov/ForConsumers/ConsumerUpdates/ucm316375.htm

[2] Nose aspirator. https://parent.guide/the-best-baby-nasal-aspirator-for-blocked-noses/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...