campak alarmSalah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagi kakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salah faham yang timbul.

Imunisasi tidak berkesan.

Jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenis penyakit berjangkit. Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Maka adalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapat perlindungan sepenuhnya.

Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku.

Tidak benar. Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagi terdapat penyakit berjangkit di Malaysia.

Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit dengan menjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain.

Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda. Sebenarnya bakteria/virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa. Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkiti kanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakit Tetanus (Kancing gigi).

Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri.

Tidak benar – Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji dan pemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakan imunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi ini adalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.

Vaksinasi adalah agenda Yahudi

Persoalan ini selalu ditimbulkan oleh orang kebanyakan melalui media sosial. Tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan. Mereka mengatakan Rockfellar, seorang saudagar tersohor Yahudi yang memulakan projek vaksin ini dan menaja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membunuh umat lain selain orang yahudi termasuk umat Islam. Ironis juga kenyataan tanpa fakta jelas ini. Rockfellar meninggal dunia sekitar tahun 193762, manakala penubuhan WHO sebermula 194863 (Selepas perang dunia ke II) dengan matlamat yang jelas demi kesinambungan kesihatan manusia sejagat. Bukannya memusnahkan manusia dialam ini! Malah negara Yahudi Israel pun turut mewajibkan imunisasi vaksin ini kepada rakyat mereka.

Paranoid terhadap vaskin

Itulah mitos yang selalu dibawa oleh golongan yang paranoid dengan vaksin. Ada antaranya menggunakan alasan keramat agama bagi menghindarkan diri anak mereka dari disuntik vaksin. Sedangkan ekperimen yang mereka lakukan ke atas anak-anak mereka, tanpa satu sandaran yang ampuh. Memang benar penyakit dan kematian adalah dari Allah Azza wajalla. Namun Islam tidak menolak ikhtiar. Islam juga tidak menolak tawakkal. Sebelum bertawakkal, Rasulullah mengarahkan kepada kita berazam, dengan erti kata lain melakukan ikhtiar dahulu bagi menghindarkan musibah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...