Sijil Vaksin Yb Khairy Jamaluddin bukannya sijil beli ataupun tipu. Sijil digital yang dipaparkan di dalam media sosial itu adalah sijil yang benar cuma terdapat sedikit masalah teknikal apabila memaparkan tarikh untuk dos penggalak. Laman web MySejahtera tidak dikemaskini dengan betul menyebabkan timbul keraguan tarikh pengambilan vaksin. Ianya bukan sahaja Yb yang mengalami masalah itu, tetapi ramai penerima vaksin di PPV saya juga tidak dikemaskini dalam web MySejahtera.
Isu kedua adalah nombor batch vaksin Sinovac yang sama. Ianya juga menjadi kekeliruan bagi sesetengah orang yang tidak faham dalam perolehan vaksin ataupun mana-mana ubat. Berikut penerangan ringkas:
1️⃣ Malaysia menerima produk sip Sinovac sebanyak 420,000 dos sepanjang bulan Mac dan April 2021 melibatkan 3 lot (batch). Sebelum itu, Malaysia belum menerima apa-apa penghantaran vaksin Sinovac produk siap.

2️⃣ Lot pertama iaitu C202102007 melibatkan 100,000 dos
diberikan sijil lot release daripada NPRA pada 15 Mac 2021. Lot kedua iaitu J202103003 juga sebanyak 100,000 dos
diberikan sijil lot release pada 6 April 2021. Lot ketiga iaitu J20213009 sebanyak 220,000 dos diberikan sijil lot release pada 20 April 2021.
3️⃣ Yb Khairy Jamaluddin menerima dos pertama pada 18 Mac 2021 dan seterusnya dos kedua pada 8 April 2021.
4️⃣ Melihatkan tarikh-tarikh lot release dikeluarkan berserta jumlah dos bagi setiap lot, bukanlah pelik dan bukan penipuan apabila dia menerima dos pertama dan dos kedua vaksin dari lot yang sama iaitu C202102007.

5️⃣ Beliau mengambil dos penggalak jenis Comirnaty pada akhir September 2021 sebelum beliau pergi ke Jepun (24 Okt 2021). Kenyataan media yang menyatakan beliau sudah ambil dos ke 3 semasa beliau berada di Jepun (29 Okt 2021).
Sebenarnya tidak menjadi isu besar pun kerana beliau bukannya menipu ataupun beli sijil. Cuma dari sudut paparan teknikal sahaja yang bermasalah. Apa pun beliau telah mengambil vaksin penggalak tersebut.
Kalau nak semak sill lot release: https://www.npra.gov.my/index.php/my/consumers-2/maklumat/lot-vaksin-sijil-lot/alphaindex/a.html?fbclid=IwAR2WHXZ2tjxjAeEQwJpkrfRISDMdC44nJB_1sNs7ygz2XYZs5htyA8G8tls
