Friday, April 26, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Risiko Hidup Seorang Jururawat 

Perkongsian rasa Oleh: Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Gambar hiasan

Hospital secara umumnya merupakan satu tempat untuk merawat penyakit dan juga tempat ‘lawatan’ rombongan Cik Kiah tak kira masa dan ketika.
Apabila memberikan rawatan kepada pesakit, risiko terhadap perawat juga sebenarnya ada. Cuma; samaada kita mengambil ringan ataupun kita menutup sebelah mata dengan alasan ia akan menyusahkan kita dengan sesi ujian darah ataupun ubatan antiviral yang perlu dihabiskan. Perawat disini merupakan lilin yang membakar diri sendiri.. Pesakit diutamakan; diri sendiri tidak dikisahkan.

~ Itupun masih ada yang mempertikaikan betapa selesanya kita dengan duduk di hospital dengan aircond menghembus lembut melekakan. 

—-

Sebagai seorang perawat, kita tentu sahaja tahu bahawa kita punya risiko mendapat ‘penyakit pekerjaan’ yang berpunca dari pendedahan kepada Hazad di tempat kerja seperti bahan kimia, radiasi, fizikal dan psikosocial.

Penyakit akibat pekerjaan yang biasa dialami oleh perawat pula adalah seperti sakit belakang atau terjatuh.

—-

Berapa banyak kita dengar Healthcare Worker yang terjangkit dengan Hepatitis, Tuberculosis, Sars, ataupun terdedah dengan radiasi yang akan menyebabkan cancer atau mengalami keguguran kerana mengangkat beban berat.

** Ayat seperti “Eh, Jururawat pun boleh sakit”, “Doktor pun boleh masuk wad”, “Juru Xray boleh patah kaki ke” dan lain-lain adalah tidak patut sama sekali. Kerana kalian tidak berada di tempat kami. 

****

Selain itu, tekanan dari tempat kerja juga mengakibatkan tekanan kepada perawat sendiri. Tidak kisahlah dari rakan sejawat, pihak atasan ataupun pesakit serta relative. Health Care Worker adalah manusia dan mereka punya psychology or stress management yang berbeza mengikut individu.

Itu baru sahaja kes yang dilaporkan. Bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan seperti needle prick injury yang terkadang tidak mahu diambil peduli?

—–

Tahu tak? Walau sesetengah keadaan kelihatan risikonya adalah kecil, tetapi jika tersilap dalam perhitungan, ia akan menyebabkan kesan yang besar seperti ;

❌ Risiko penyakit seumur yang mana kesannya tidak dapat dirawat sepenuhnya tetapi boleh dikawal

❌ Stigma masyarakat, rakan-rakan serta majikan yang kita tahu tak semuanya positif

❌ Tekanan perasaan akibat beberapa kejadian yang berlaku samaada kehilangan deria sementara atau keguguran.

❌ Risiko transmisi kepada rakan sekerja yang tinggi jika kita kurang sedar tentang perubahan diri terhadap penyakit. 

Disebabkan itulah, kita perlu menganggap bahawa semua bendalir badan pesakit adalah berpotensi untuk memberikan jangkitan kepada kita. Kerana itulah penggunaan Proper  Protective Equipment adalah perlu. 

—–

Bagi kes-kes yang melibatkan fizikal tubuh seperti sakit belakang kerana mengangkat pesakit/alatan yang berat atau sakit kaki kerana berdiri terlalu lama pada sesetengah kes pembedahan juga tidak boleh diambil remeh.. 

** Takde maknenye laymen dok sebut-sebut kerja perawat ni mudah nau nau.. Malahan kalau semalam dah assisting long case sekalipun; hari ini tetap akan datang kerja. Tiada isitilah pergi SPA untuk massage kaki!

—–

Tekanan serta gangguan emosi pula merupakan perkara yang paling kerap terjadi. Tekanan disebabkan jadual kerja yang tidak menentu, pengurusan atasan yang tidak cekap, tiada sokongan dari pihak atasan atas beberapa perkara seperti komplen atau nearly missed. Perkara ini akan menganggu kualiti pekerjaan dan kesihatan pada pekerja.

** Ada sesetengah perkara atau teguran ‘berhemah’ dari ketua yang memberi kesan mendalam kepada pekerja.

—–

Pengawalan penyakit pekerjaan atau penyakit disebabkan pekerjaan boleh dicegah dengan pengamalan cara kerja yang betul, penambah baikan dalam proses kerja, kerjasama dari pelbagai pihak terutama pihak atasan.

Sebagai perawat, seeloknya kita ambil berat tentang sebarang perubahan diri atau mengambil pemeriksaan awal jika dikelilingi pesakit dengan potensi rebakan penyakit berjangkit.

Kerana kita juga berpotensi untuk membawa pulang kuman dan menjangkiti anak-anak serta keluarga kita. Kerana itulah kita digalakkan untuk terus mandi sejurus sampai dirumah sebelum menyentuh anak-anak.

Jangan nanti dah terhantuk baru nak tengadah..

——

Sayangilah diri kita sendiri kerana kita tahu, ramai juga yang tidak ambil peduli pada kita. Sebab mereka fikir kita umpama robot yang tidak mudah jatuh sakit dan sepatutnya antibody kita cukup kebal dari sebarang jenis kuman. 😏😏

Notakaki;

Kesal dengan sesetengah keadaan dimana pembelaan terhadap staff kurang diambil perhatian.

Kita sering dipesan jangan bawa masalah rumah ke tempat kerja, tetapi bagaimana dengan masalah tempat kerja yang terpaksa di bawa pulang?. Adilke?

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah | Jururawat Terlatih | Medical Mythbusters Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles