Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Remaja Tertipu dengan Kedai Vape

REMAJA TERTIPU

Sedih apabila lihat kedai vape makin bercambah di semua lokaliti seluruh negara. Walaupun majlis fatwa telah pun mengharamkan vape sejak 21 Disember 2015 lagi, tetapi para peniaga masih lagi ingkar dengan hukum [1].
Bahkan Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan lagi bahawa pengharaman menghisap vape bukan semata-mata kerana nikotin tetapi kerana kesan terhadap attitude atau sikap, tasyabbuh atau peniruan dengan budaya bukan Islam [2]. Justeru, perbuatan itu ditinggalkan berdasarkan kaedah Saddu al-Dzarīʿah.
Namun dari sudut akta kawalan tembakau, Setelah isu pengharaman itu meletus, segelintir dari peniaga mula bersandarkan kepada Akta Kawalan Tembakau 2004.
Vape dinegara kita tiada satu akta yang mengikat kecuali Akta Racun 1952. Jika ianya diaktakan, pengedaran, penjualan dan penggunaan e-cigs mestilah dalam jumlah yang standard dan dikawal selia dengan ketat. Ini kerana nikotin tulen sudah terbukti merbahaya dalam jumlah/dos tertentu.
Penjualan vape juga menggunakan akta pengawalan rokok, selain Akta Racun 1952, ianya termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983. Ini menjadikan penjualan, pengedaran dan pengambilan rokok terselia dalam dos nikotin yang terkawal secara ketat. Begitu juga dengan Terapi Gantian Nikotin yang digunakan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi didalam dos yang tetap dan dikawal selia.

Apa yang berlaku setelah 4 tahun isu ini berlegar?

Para peniaga mula tidak mengistiharkan jumlah racun nikotin yang terdapat dalam cecair vape yang dijual. Kononnya cecair tersebut bebas nikotin, tetapi mereka menambahnya tanpa disedari.
Lihat pendedahan kajian yang dibuat oleh pengkaji Universiti Stony Brooke New York ini. Kajian mendapati remaja yang berumur 12-21 tahun positif air kencing mengandungi nikotin. Walaupun label cecair vape yang dijual adalah bebas nikotin, 40% remaja berkenaan positif air kencing. Amat mengejutkan kita juga bahawa terdapat disesetengah penyediaan cecair vape tersebut dicampur dengan ganja [3].
Kajian itu juga mengesahkan kandungan nikotin lebih tinggi dalam vape jenis baharu pod-mod dan seumpamanya.
Nikotin adalah dadah yang menjadi ketagih. Jika hanya asap vape yang disedut, para penagih vape tidak akan merasai ‘feeling’ dalam mendapatkan keseronokannya. Tetapi padah menanti dikemudian hari. Remaja sudah tertipu.
“Benda boleh tipu, buat apa nak istihar” – Matma Gani
Sekian dari suhazeli.com
24.4.2019
Kuala Terengganu
Pautan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles