Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Khatan Terpotong Kepala

Kes Khatan terpotong kepalaTanpa memandang sinis atau prejudis kepada doktor swasta yang terlibat berkenaan, tulisan ini ingin terus memberi justifikasi bahawa khatan adalah wajib dilakukan.
Apabila timbul isu sebegini, semua orang akan cuba berhati-hati terutama para tenaga pengkhatan. Kaedah yang digunakan mempunyai komplikasi-komplikasi tertentu. Itupun tidak diambil kira lagi kesan sampingan dari ubat bius, risiko jangkitan kuman sebaik sahaja berkhatan dan pelbagai lagi.
khatan-lelakiRisiko terpotong kepala seperti dalam kes ini pernah dicatat dalam jurnal perubatan.[1] Kes seperti ini boleh belaku 1 dalam sejuta. Ianya bergantung kepada teknik yang digunapakai oleh pengkhatan. Teknik yang biasa berlaku terpotong kepala ini adalah teknik “guillotine” (tarik muncung dan potong).[2] Teknik begini biasanya dibuat oleh pengkhatan yang pakar , kerana sudah mahir mengagak di mana lokasi kepala sebelum dipotong. Terkadang kesilapan boleh berlaku tanpa niat yang disengajakan.
Isu ketakutan berlaku kepala terpotong ini pernah menjadi hujah kepada golongan yang menentang khatan. Mungkin negara kita tidak ramai yang menjadi agen penentangan tersebut. Tetapi negara luar sana, ada yang terlalu vokal menetangnya.[3]
Hal yang serupa apabila kami menerangkan kewajipan vaksin kepada anak-anak. Tanpa penafian bahawa kemungkinan risiko kesan sampingan tertentu boleh terjadi, tetapi manfaat mengambil vaksin mengatasi kemungkinan mudaratnya. Ditambah lagi dengan gesaan dari pihak berwibawa dan pemegang fatwa dalam agama. Semua mereka menyokong.
Saya tidak hairan selepas kejadian terpotong kepala seperti kes ini, akan wujud golongan Anti-circumcision di Malaysia, sama naik rating mereka dengan golongan anti-vaks.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kami untuk terus berjuang.
Pautan
[2] Case report amputation of glans penis. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3045722/
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
#drsuhazeli
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles