Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika

Sediakan payung sebelum hujan, itulah perumpamaan paling tepat untuk diberikan kepada sesiapa yang hendak melawat negara-negara Afrika. Apabila tiada persediaan, anda akan bermasalah untuk masuk ke sana. Terdapat di kalangan mereka yang pergi, sangkut agak lama di imegresen kerana tidak buat permohonan visa. Ada juga yang terpaksa ditahan (kuarantin) selama 10 hari di bilik kuarantin lapangan terbang kerana tidak suntik vaksin. Jadi tiga langkah berikut wajib dipatuhi.
  1. Rancang pembelian tiket kapal terbang terlebih dahulu. Jangan terlalu inginkan tambang murah, tetapi terseksa kerana perjalanan mengambil masa hampir 2 hari. Murah bermakna menggunakan penerbangan yang banyak singgah atau perkhidmatannya kelas rendah. Mungkin anda sampai ke destinasi tetapi ambil masa panjang kerana jadual penerbangan asyik tertunda sahaja.
  2. Setelah tiket sudah sah, dapatkan visa. Ia bergantung kepada negara-negara berkenaan. Ada jenis visa yang boleh diambil sebaik sahaja sampai ke negara tersebut. Ada juga visa perlu dibayar semasa ingin keluar dari kaunter imegresen dan terdapat juga yang tidak perlu visa. Kena buat sedikit bacaan dan carian samada melalui egen urus perjalanan kita atau carian internet isu berkaitan. Contohnya ke Sudan beberapa kali, visa dibayar semasa saya ingin balik. Terpaksa tunggu dekat setengah hari baru siap. Kawan-kawan kat Sudan tahu perangai suka melengahkan kerja, jadi mereka dah beli siap-siap sebaik sahaja kami sampai di Khartoum. Bulan haji nanti saya akan ke Kenya, nasihat dari rakan NGO di sana bahawa visa kena beli melalui talian. E-Visa itu juga perlu masa paling tidak 3 hari baru lulus. Jangan jadi macam kawan saya yang nak masuk Bangalore India dua tahun lepas, e-visa tak pohon, terpaksalah berkampung dahulu di imegresen lapangan terbang untuk uruskan visa. Rugi masa.
  3. Vaksin Demam Kuning (Yellow Fever) wajib diambil. Undang-undang wajib ini baru berkuat kuasa tahun lepas oleh WHO. Mana-mana pelancung atau yang ingin bekerja di negara-negara Afrika (34 buah) dan Amerika Selatan (13 buah negara) dikehendaki mengambil suntikan vaksin YF ini. Lihat gambar negara-negara berkenaan sebagai rujukan. Jangan pandang ringan pasal vaksin ini kerana jika dijangkiti boleh membawa maut. Demam kuning ini lebih kurang penyakit denggi juga. Nyamuk yang membawa virus YF pun sama, Aedes dan spesies Haemogogus. Vaksin diambil sekali sahaja seumur hidup, cuma biasalah, barang baik ini mahal sikit harganya. Di Malaysia, klinik kerajaan tidak cucuk vaksin ini. Vaksin hanya boleh diambil dari klinik-klinik swasta atau hospital swasta yang diwartakan. Tidak semua premis swasta menyediakan khidmat suntikan vaksin YF. Jika di Pantai Timur, hanya Poliklinik Ibnu Sina, Kuantan Medical Centre dan Klinik As Salam Indera Mahkota (lihat pautan no 2 untuk premis seluruh negara). Saya baru je cucuk dua hari lepas. Jika tidak cucuk pun boleh, tetapi anda akan di kuarantin di KLIA selama 10 hari. Tidak boleh balik rumah. Memang sedap cuti kuarantin, tetapi bos pulak bising.
Sekian 3 pesanan penting dari suhazeli.com
26.6.2019
Jerangau
Pautan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles