Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Antara Dua Darjat

image

Antara hikmah sambutan harijadi tidak diadakan malah seakan tidak disambut langsung oleh Dato Seri Presiden Pas adalah mengelakkan pembaziran. Jika ada sambutan sekalipun atas usaha keraian rakan pimpinan yang dibentuk secara spontan. Bukannya diwujudkan satu majlis khusus bagi menyambut majlis harijadi. Semangat sambutan ringkas ini sebegini bersesuaian dengan suasana masyarakat Melayu-Islam. Malah majoriti rakyat jelata tidak pernah sambut harijadi pun. Kehidupan mereka diteruskan tanpa rasa sangsi walau kesempitan sarahidup yang mendesak.
image

Berbeza sungguh dengan majlis yang dianjurkan oleh pak menteri yang kononnya menjiwai denyut nadi rakyat. Ratusan ribu dibelanjakan untuk majlis sambutan. Sudah tentu tiada rakyat bawahan dijemput ke majlis kerana ianya bertaraf hotel berbintang. Walau alasan menggunakan duit sendiri sekalipun, hati rakyat tetap terguris. Kerana bagi rakyat, ingin mendapat sesuap rezeki pun terpaksa membanting tulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles