Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Akta GEG dan Vape Bersifat Mendidik

Ada pihak bimbang, apabila Akta Kawalan Tembakau 2022 diluluskan nanti, kerajaan akan bersifat zalim kepada golongan remaja. Tindakan perundangan yang akan dikenakan boleh menyeksa mereka. Hak mereka sebagai warganegara merdeka akan dinodai.
Tuan puan, akta tidak akan terlaksana jika tidak disertai dengan pelan penyelesaian dan perlaksanaan. Dalam konteks pelaksanaan inilah pihak berwajib akan menggunakan konsep mendidik. Ini bermaksud memberikan peluang agar golongan generasi penamat yang telah terjebak itu diberikan peluang untuk dirawat. Manakala generasi yang masih belum terlibat, ditutup terus mendapat akses menggunakan bahan bahaya itu.
Perkara ini sangat penting agar akta yang akan dibentangkan nanti tidak bersifat punitif atau menghukum semata-mata. Sudah tentu plan perlaksanaan mendidik anak bangsa kita telah dan sedang giat diatur.
Sejak hampir sedekad KKM mencari pelbagai solusi. Di antara usaha gigih yang sedang dirancang adalah satu Pelan Perancangan 5 tahun yang dinamakan GEGAR-18 (Generational End Game Anti Rokok menjelang umur selepas 18 tahun) telah.
Kenapa pelan 5 tahun sehingga umur 23 tahun? inilah uslub mendidik yang akan diterap. Di mana generasi yang berumur 18-23 tahun adalah waktu kritikal dalam kehidupan. Pakar psikologi mengesahkan perubahan umur akhir remaja inilah yang akan menentukan halatuju mereka pada masa akan datang. Jika kita sebagai penguasa atau penjaga ummah ini mengambil peluang mendidik mereka ke arah yang baik, InsyaAllah kita akan membina satu generasi yang bebas dari bahana rokok.
Kajian mendapati jika seseorang itu tidak memulakan tabiat merokok sehingga umur 23 tahun, mereka akan kekal tidak merokok seumur hidup. Ini kerana peringkat umur 18-23 tahun adalah peringkat umur mereka paling mudah terdedah (most susceptible) kepada kesan ketagihan nikotin. Ini disebabkan otak mereka sedang berkembang pesat pada peringkat umur tersebut. Berdasarkan kajian Lim et al, 2013, purata umur mereka yang mula merokok (age of initiation) adalah 18.3 tahun dan peratusan perokok adalah paling tinggi di kalangan mereka yg berumur 21-30 tahun berbanding kategori umur lain.
Inilah ultimatum yang kita kehendaki. Disamping itu kerajaan berusaha menutup lubang-lubang bahaya rokok atau vape melalui akta yang di bentuk ini. Ini merupakan satu pendekatan yang holistik demi menyelamatkan anak-anak remaja kita terjebak seawal 18 tahun dengan asap rokok atau vape.
Kaedah ini bukan melanggar hak asasi, tetapi memperkukuhkan lagi kesahsiahan anak remaja ke arah yang tidak memudaratkan diri sendiri. Adakah membunuh diri melalui rokok itu dianggap hak peribadi? Tidak, ianya sudah menjadi hak kenegaraan bagi menjamin keluhuran setiap warganegara.
Suhazeli Abdullah
28.7.2022
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles