Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗧𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-19

Banyak ilmu baru kita belajar dalam pengurusan COVID-19 dan sentiasa mengemas kini pengurusan terbaik demi kebaikan masyarakat juga akhirnya. Sama seperti pengurusan jenazah COVID-19 jika sebelum ini kita mengambil model yang telah digunakan bagi menguruskan jenazah pesakit 𝗘𝗯𝗼𝗹𝗮 sebagai tanda aras kita untuk menguruskan sakit COVID-19.

Mungkin ianya perlu dinilai semula berdasarkan kepada dapatan dapatan kajian yang juga telah dilakukan di seluruh dunia. Saya mengambil beberapa contoh untuk di ambil perjalanan andai kata kita ingin mengubah ataupun mengemas kini pengurusan jenazah COVID-19 ini. Ianya lebih kepada pembacaan peribadi saya dan mungkin boleh diperbincangkan lagi untuk kesesuaian dalam negara kita terutama sekali apabila melibatkan hukum agama-agama. Kami tahu p𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗳𝗮𝘁𝘄𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.

Kajian dari Australia menunjukkan bahawa tidak meningkatkan risiko jangkitan di kalangan pekerja yang menguruskan mayat COVID-19 di sana.

GMJ protokol UK mendapati bahawa transmisi dari mayat adalah minima. Jenazah, selepas dari 72 jam transmisi jangkitan sudah tiada. Mayat tidak bernafas atau mengeluarkan cairan pernafasan, jadi sumber utama jangkitan sudah berkurangan. Mereka juga bersetuju bahawa jangkitan dari mayat positif COVID-19 adalah rendah dan tiada kes di kalangan pengendali mayat di sana dijangkiti oleh COVID-19.

European CDC juga menyatakan jangkitan dari mayat COVID-19 adalah rendah kecuali bagi kes yang memerlukan post-mortem kerana melibatkan cecair badan. Perlindungan diri seperti PPE diperlukan bagi mengelakkan jangkitan.

Begitu juga mereka menyatakan bahawa majlis pengebumian bagi pesakit COVID-19 adalah rendah risiko dijangkiti kerana mayat itu sendiri telah dirawat. Lagipun mayat telah dijalankan kafan dengan lapisan plastik dan pengawet. Justeru bagi waris yang ingin mengiringi jenazah adalah dibenarkan dengan syarat memakai perlindungan diri dan mengikuti SOP standard.

Penentuan hukum oleh institusi fatwa adalah berdasarkan Al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Dalam masa sama ianya bergantung kepada waqi semasa setelah perbincangan lumat di antara ulama dan ahli perubatan. Kaedah menguruskan jenazah ketika wabak itu perlu mendapat persetujuan kedua-duanya sebagai ahli ikhtisas menurut bidang masing-masing. Ianya boleh berubah dari masa ke semasa berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang terkini yang dibentangkan oleh pakar-pakar di dalam bidang tersebut.

Suhazeli Abdullah

8.3.2022

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles