Friday, April 26, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Proses kelahiran selamat

image

1. Saya melihat kes semakin meningkat kelahiran bayi di rumah sejak akhir-akhir ini. Ada di antara kelahiran tersebut selamat dan terdapat juga yang mengalami komplikasi kelahiran. Sehingga membawa kematian ibu dan juga anak.
2. Negara kita sudah semakin maju. Begitu juga dengan dunia perubatan, terus berkembang maju dengan penemuan-penemuan baru. Sistem penjagaan kesihatan juga meningkat. Jika dibandingkan dengan tahun awal kemerdekaan, jumlah kematian ibu 540/100 kelahiran hidup (1957), berbanding dengan dewasa kini kurang dari 28/100 ribu kelahiran hidup (2010). Begitu juga penurunan yang signifikan bagi kematian bayi. Ini adalah hasil usaha yang berterusan dari kementerian kesihatan dengan meningkatkan prasarana, memacu pertumbuhan modal insan dan melaksanakan pelbagai program strategik bagi mengurangkan kematian ibu dan anak. Pendek kata statistik kematian ini sentiasa dipantau secara serius oleh pihak berwajib.
3. Jumlah kelahiran berisiko tinggi semakin berkurangan. Jika ianya wujud sekalipun, akan diuruselia oleh anggota yang dilengkapi pelbagai kemahiran. Namun terdapat segelintir rakyat yang sudah mula mencari alasan untuk menafikan kejayaan demi kejayaan menurunkan kadar kematian ini. Ada di antara mereka yang mahu kembali ke situasi sebelum merdeka. Ingin bersalin secara semulajadi. Tidak perlu dibantu oleh individu yang mahir dengan ilmu yang sepatutnya. Akhirnya terjadilah kelahiran tidak selamat seperti apa yang berlaku akhir-akhir ini (saya merujuk kes kematian ibu selepas bersalin dan kes kematian bayi ketika bersalin di rumah).
4. Dengan apa sahaja nama yang mereka berikan bagi meng’halal’kan kaedah tersebut, sebenarnya mereka menafikan kaedah yang sediaada di premis kesihatan samada kerajaan ataupun swasta. Kelahiran selamat adalah kelahiran yang diuruskan oleh individu berkemahiran dan berpengalaman dalam menguruskan kelahiran. Jika individu tersebut hanya berpengetahuan tinggi secara teori semata, tidak boleh mengisytiharkan mahir dalam hal ehwal bersalin. Malah jika sekiranya individu tersebut doktor sekalipun, tetapi tidak berkemahiran dalam proses bersalin, ia tetap mempunyai risiko.
5. Justeru, saya menyeru ibu-ibu yang akan bersalin, jangan biarkan proses kelahiran anda jatuh ditangan individu yang tidak mahir atau menggunakan kaedah yang pelik-pelik sehingga mengundang kemerbahayaan nyawa diri dan anak anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles