HADIS GARAM UBAT VIRUS 2019-NCOV?

Ada pula video seorang ‘ustaz’ yang tampil memberi solusi merawat penyakit influenza, 2019-nCoV dan sebagainya dengan garam. Katanya terdapat hadis yang menyatakan sedemikian.

Betul ke?

Setelah saya bertanya ustaz yang berwibawa boleh saya simpulkan begini.
.
Adapun terdapat hadis yang menyarankan kita mengambil secubit garam sebelum makan dan selepas makan:

Hadis dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, dinyatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasihat beliau,

وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح؛ فإن في الملح شفاء من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص

”Jika kamu makan, mulailah dengan mencicipi garam dan akhiri dengan makan garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta…”

Hadis ini terdapat perbahasan antara ulama. Hadis ini disebutkan oleh al-Harits bin Abi Usamah dalam al-Musnad bahawa sanadnya gugur, penuh rentetan perawi yang dinilai cacat Malah dalam matan hadis yang panjang, dalam hadisnya terdapat banyak yang mungkar. Ini kerana hadis-hadisnya diriwayatkan dari para perawi dhaif dan majhul (tak dikenal).[2] Kemudian, Imam As-Suyuthi (Wafat 911 H) juga membawakan hadis di atas, dari jalur lain menyatakan bahawa semuanya dusta (atas nama ahlul bait).[3] As-Syaukani (Wafat 1250 H) juga memberikan penilaian yang sama. Bahkan beliau dengan tegas menyatakan, Hadis palsu.[4]

Dari semua keterangan di atas, tidak halal bagi kita untuk menyatakan bahwa mencicipi garam sebelum atau sesudah makan termasuk sunah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini adalah pendustaan atas nama Rasulullah saw.

Tak usahlah cari kuasa viral, semua nak berikan solusi, sedangkan hadis yang dibawa itu palsu. Boleh menambah dosa pulak.

Suhazeli Abdullah
28.1.2020
Telemong

Pautan:
[1] Huraian Hadis Makan Garam. https://konsultasisyariah.com/20746-sunnah-nabi-menjilat-ga…
[2] Al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497
[3] Al-Lali’ al-Mashnu’ah, 2/179.
[4] Al-Fawaid al-Majmu’ah, 1/78

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...