, ,

HPV dan Kanser Servik

Human Papilloma Virus (HPV) telah menjadi sejenis virus yang masyhur sejak akhir-akhir ini. Program pelalian HPV kebangsaan yang  sedang bejalan bermula dari pertengahan tahun lepas membuka mata banyak pihak akan kepentingan pengambilan vaksin pelalian HPV.
Human Papilloma Virus ada sejenis virus yang biasa terdapat dipermukaan kulit manusia. Menifestasi yang mungkin yang boleh dilihat adalah apabila seseorang dijangkiti virus ini adalah ketuat (Wart) dibahagian alat kelamin.
Terdapat lebih dari 100 jenis virus ini di dunia. Kebanyakan jenis-jenis tertentu akan menghinggapi kawasan alat kelamin lelaki dan wanita termasuk pangkal rahim. Jenis virus yang bernombor 16 dan 18 adalah dikatakan penyebab utama kepada kanser pangkal rahim.

Virus HPV boleh merebak dengan senang melalui hubungan seks. Sekurang-kurangnua 50 peratus dari manusia yang aktif seks mempunyai virus HPV di kelamin dalam satu tempoh tertentu dalam kehidupan mereka. Namun kehadiran virus HPV ini di badan mereka sukar dikesan. Kaum wanita mempunyai risiko yang paling tinggi dihinggapi virus ini jika melakukan seks dengan lelaki yang telah dijangkiti virus HPV. Kebanyakan manusia mudah dijangkiti virus ini, walaubagaimana pun virus HPV mudah hilang dengan menjaga kebersihan diri. Berikut adalah tanda-tanda jangkitan :

1.       Ketuat di alat kelamin. Ketuat ini berbentuk bulat dan bergerutu, pelbagai saiz dan berkumpul disatu tempat di alat kelamin wanita atau lelaki. Ianya timbul setelah beberapa minggu melakukan hubungan sejenis. Kajian menemui lebih 10 peratus wanita dan lelaki menunjukkan menisfestasi ketuat ini setelah dijangkiti oleh virus HPV. Wanita boleh dijangkiti melalui hubungan seks dengan lelaki yang telah dijangkiti. Lelaki juga boleh dijangkiti virus HPV ini dengan melakukan hubungan seks dengan wanita yang telah dijangkiti. Jika tidak dirawat, ketuat ini boleh hilang dengan sendirinya, berkekalan dan boleh merebak. Ketuat ini tidak boleh bertukar menjadi kanser.
2.       Kanser pangkal rahim: Salah satu dari faktor penyumbang kanser pangkal rahim adalah virus HPV ini. Virus HPV akan menganggu sistem perkembangan sel-sel (perubahan DNA sel) menyebabkan pertumbuhan sel lebih dari had sebenar berlaku.
Adakah semua orang berisiko untuk dijangkiti virus HPV ini? Berikut adalah senarai kumpulan yang berisiko dijangkiti virus HPV:
1.       Melakukan hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti.
2.       Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
Risiko ke atas wanita kemungkinan memperolehi kanser apabila pasangan lelakinya disahkan pengidap virus HPV dialat kelamin mereka atau melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki yang tidak diketahui status mereka. Kajian juga menyatakan bahawa lelaki yang berkhitan boleh mengurangkan risiko kanser pangkal rahim ke atas pasangan mereka.
Justeru pengambilan suntikan pelalian HPV boleh mengcegah berlakunya kanser pangkal rahim ke atas wanita. Suntikan ini boleh diambil seawal umur 12 tahun, kerana kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan sistem pertahanan badan yang paling sesuai. Tambahan pula vaksin HPV ini akan berkesan secara optimum ketika kanak-kanak tidak terdedah dengan hubungan seksual. Manakala proses penghalangan (protection) vaksin akan menunjukkan hasilnya semasa mereka sudah dewasa.
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply