Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Ramadhan Bulan Mencapai Taqwa

image

Selamat menempuh hari pertama Ramadhan 1433H. Kita mendoakan Ramadhan kali ini dilaksanakan sebaik dan setuntas mungkin. Doa dan harapan juga agar kita memperolehi kerahmatan, pengampunan dan dibebaskan dari Api Neraka. Terpenting dari rangkumam kesemua permintaan kita itu adlah kita dikurniakan pangkat Taqwa atas hasil puasa kita.
Sahabat sekalian,
Orang selalu menyebut perkataan taqwa. Ianya menjadi ringan dimulut, tapi berat untuk diterjemahkan dalam kehidupan ini. Allah menukilkan dalam Al Quran surah Al Baqarah 183 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahuku dari kamu. Semoga kamu beroleh ketaqwaan.”
Jika diperhatikan ayat yang Allah sebut dipenghujung …semoga kamu beroleh ketaqwaan…bermakna, dengan melakukan ibadah yang bersungguh-sungguh, penuh keimanan, maka darjat ketaqwaan itu diperolehi oleh kita. Sudah tentu Allah mempunyai rahsia yang tersendiri menyatakan sedemikian.
Sesungguhnya ibadah puasa adalah ibadah batiniah yang tidak nampak dari segi lahiriah. Jika ibadah solat, zakat dan haji, kita boleh melihat sipelaku ibadah melakukan perkerjaan ibadah tersebut. Tapi ibadah puasa terpulang kepada kita sebagai hambanya untuk terus bertahan hinggalah berbuka puasa. Inilah hebatnya puasa kerana melatih nafsu kita untuk terus bertahan.  Puasa yang dikatakan ibadah batiniah inilah perlu digarap oleh kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles