Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

DOA BUKA & TUTUP MAJLIS

image

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ، الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِينَ ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِكَ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ .

اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لَنَا مِنْ أَمْرٍ ، أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا .

Ya Allah ya Tuhan kami, kami mulakan dan kami akhiri majlis kami ini dengan nama-nama-Mu yang Maha Agung, serta kami memohon kepada-Mu agar Engkau berkatilah dan limpahkanlah rahmat-Mu ke atas perjalanan majlis kami ini dari permulaan hinggalah ke akhirnya.

Ya Allah, perkenankanlah, restuilah dan terimalah segala amalan baik yang telah kami lakukan dan ampunkanlah serta maafkanlah segala kesalahan kami, keburukan dan kekurangan dalam amalan kami jika terdapat padanya kecelaan dan kecacatan.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar engkau bukakanlah bagi kami pintu-pintu rahmat, belas kasihan dan pengampunan, kesihatan dan kekuatan, keberkatan dan keselamatan, kebijaksanaan dan kefahaman, dan bukakanlah juga bagi kami pintu-pintu syurga dan kurniakanlah bagi kami rezeki yang halal, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kehidupan kami di dunia ini dan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak serta jauhkanlah kami daripada azab siksa api neraka yang amat pedih.

Ya Allah, jadikanlah tujuan kami berhimpun di dalam majlis ini semata-mata untuk mengharapkan keredhaan-Mu, satukanlah hati-hati kami, damaikanlah segala permusuhan di antara kami kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijakasana, Maha Berkuasa serta Engkaulah Tuhan yang memegang dan memiliki segala hati manusia. Kami memohon agar Engkau perbaikilah hati-hati kami dan jadikanlah kami manusia yang baik lagi berguna yang berupaya untuk menjadi khalifah-Mu yang memakmurkan bumi ini.

اللّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا اللهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ . اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَقَلْبًا خَاشِعًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً ، وَرِزْقًا حَلاَلاً طَيِّبًا مُطَيِّبًا وَاسِعًا فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ . اللّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الإِيمَانَ ، وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا ، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .

Sumber dari Ustaz Izzat Tarmizi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles