Terdapat ibu menyusu buat aduan bahawa susu mereka bertukar warna hijau selepas vaksin COVID-19. Setakat yang saya tahu, susu ibu itu terdapat pelbagai warna bergantung kepada keadaan si ibu BUKANNYA akibat VAKSIN.

Saya bertanyakan pakar pemakanan Dietitian Fizah | Nur Hafizah M Sobri untuk kepastian.

Berikut jawapan beliau.

MACAM MACAM WARNA SUSU IBU

Eh bukan warna putih saja?

Pernah warna susu ibu/susu perahan selain warna putih?

Jom kita lihat apa maksud warna warna lain ni:

💙 Warna biru/clear : Ini adalah foremilk. Foremilk adalah susu yang dikeluarkan waktu awal pump/menyusu dan ia lebih cair serta rendah kemak berbanding dengan hindmilk. Foremilk adalah untuk melegakan dahaga baby.

💛 Kuning: Jangan risau ini mungkin adalah colustrum. Susu pertama yang dihasilkan oleh badan dan sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak antibodi untuk baby waktu selepas bersalin. Atau anda telah mengambil makanan yang tinggi beta carotene seperti lobak merah, labu. Ada juga susu ibu yang tukar kepada warna kuning setelah dibekukan.

💚 Hijau : Ada kemungkinan anda makan terlalu banyak sayur yang mengandungi warna hijau seperti bayam, seaweed, kailan dan juga makanan/minuman yang mengandungi warna hijau (food colouring)

❤ Merah/pink: atau ada yang panggil sirap bandung pun ada. Mungkin anda makan minum sesuatu yang mengandungi warna merah seperti ubi ubian, atau mengandunhi pewarna merah. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh luka di puting ibu yang menyebabkan darah masuk dalam susu waktu sesi pump/menyusu

🖤 Hitam/coklat: Hasil dari darah yang lama dalam saluran susu keluar ataupun ubat ubat tertentu.

Ada ke mommies pernah mengalami warna susu ini?

**Ye warna warna ini selamat untuk baby ambil.

Warna hitam jika ia berkaitan dengan medication, tanya balik Dr jika medication tersebut selamat ke untuk breastfeeding mothers. Ada sikit sahaja ubat apabila ambil tidak sesuai mommies untuk menyusu (contoh ubat chemotherapy) namun kita akan sarankan untuk tetap pump supaya tak drop supply dan demand.

Sekian

Dietitian Fizah Sobri

#susuibu

#warnasusuibu

#perahsusu

#pamsusu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleVaksin AstraZeneca ada Babi?
Next articlePampasan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com