Ada pula setengah pihak cuba mengaitkan vaksin itu menimbulkan varian baharu COVID-19. Ada saja idea karut cuba direka-reka oleh mereka semata-mata mahu menaruh kebimbangan rakyat terhadap vaksin COVID-19.

Kononnya mereka menyandarkan hujah mereka itu merujuk kepada ucapan Prof. tersohor viralogis dari Perancis yang memuat naik satu video berkaitan dengan vaksin COVID-19.

Seperti biasa mereka adalah mengambil ucapan di luar konteks dan cuba memutar-belitkan kenyataan. Walhal prof Luc Montagnier tidak pun sebut kenyataan yang ditularkan tulisan itu. Tidak sepatah pun prof tersebut mengeluarkan kenyataan manusia yang akan mati dalam tempoh dua tahun.

Begitu juga dengan isu varian baharu itu boleh disebabkan oleh vaksin, juga disalah tafsir oleh mereka.

Varian baharu terbentuk hasil daripada kes yang terlalu tinggi dalam kluster yang berakar umbi kepada beberapa generasi. Virus COVID-19 apabila berada dalam kelompok yang ramai yang akan mengubah suai dirinya, maka berubah bentuk ke variasi baharu. Oleh itu, terlalu penting kita memutuskan rantaian dalam kluster itu dengan cepat, supaya mereka tidak boleh hidup lama dalam sesuatu kelompok tersebut.

Lihat kronologi, adakah varian baharu yang terbentuk dahulu atau pun vaksin yang diberikan dahulu kepada seluruh manusia? Varian terjadi sebelum era pemberian vaksin kepada masyarakat umum lagi.

Varian baharu yang telah disahkan dan dikenali setakat ini adalah:

1️⃣ B.1.1.7. Varian bermula dari United Kingdom. Dijumpai September 2020.
2️⃣ B.1.351. Varian ditemui di Afrika Selatan. Dikenal pasti Oktober 2020
3️⃣ P.1. Ia dikenali sebagai varian Brazil kerana bermula di sana. Dikenal pasti Januari 2021. Profil belum jelas dan tidak meluas.
4️⃣ B.1.617. Varian berganda dari India. Dijumpai sejak Oktober 2020.

Pemberian vaksin 8 Disember di US, UK dan Israel. Manakala Brazil, India, China, UAE dll sedikit lewat. Didapati melalui kronologi ini, varian sudah terbentuk sebelum dari pemberian vaksin bukannya selepas pemberian vaksin.

Suhazeli Abdullah
31.5.2021
Kuala Berang.

https://www.healthline.com/health-news/no-vaccines-do-not-cause-new-sars-cov-2-variants
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous article33 Kematian selepas Vaksin di Norway
Next articleKetum Boleh Merawat COVID-19?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com