Makin mengarut rekaan orang yang menolak vaksin sehingga sanggup menggunakan nama Prof. Luc Montagnier semata-mata ingin menipu masyarakat supaya percaya kepada fahaman salah mereka.
Untuk makluman prof Luc Montagnier ini baru saja meninggal dunia pada 8 Februari yang lalu.
Melalui lalui carian rasmi tidak ada apa pun kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau mengenai dos penggalak / booster boleh menjadi penyebab kepada HIV. Seluruh dunia sudah lebih dari 10 billion dos vaksin diberikan kepada manusia dan berjaya menurunkan kes-kes yang teruk serta kematian di seluruh dunia. Anda boleh baca dan lihat sendiri statistik setiap negara laporan-laporan rasmi yang telah pun dikeluarkan.
Mungkin mereka keliru dengan satu vaksin yang telah dikeluarkan di Australia, tetapi vaksin tersebut tidak pun diluluskan penggunaannya. Ini kerana bahan vaksin tersebut mengambil salah satu dari komponen HIV menyebabkan apabila di uji penerima vaksin tersebut, di dapati positif HIV. Vaksin tersebut telah pun diberhentikan pengeluarannya dan dibatalkan. Bahkan tidak pun pernah digunakan kepada masyarakat dunia secara umum.
Berhentilah menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih seperti ini kerana ia boleh mengganggu gugat program ini vaksinasi yang berjalan dalam negara kita. Ingat! satu sahaja anda sebar berita palsu boleh menjadi satu titik dosa dalam diri kita.
Suhazeli Abdullah
13.2.2022

