Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Vaksin COVID-19 mRNA bertukar menjadi DNA?

Sabar, perbincangan isu ini adalah dalam bentuk akademik dan teori. Ianya perlu diterjemahkan dalam realiti. Jika kajian pra-linikal (seperti yang tunjukkan oleh kajian Sweden itu) membuktikan RNA bertukar kepada DNA, maka kajian perlu dilakukan secara klinikal pula (atas manusia). Maksudnya perlu dibawa bukti terhadap masyarakat ramai yang telah pun ambil vaksin jenis mRNA itu.

Sehingga kini sudah lebih setahun vaksin COVID-19 diberikan, tiada masalah besar terutama sekali kejadian kanser atau penyakit-penyakit pelik lain yang melibatkan teori RNA berubah kepada DNA.

Kita ambil contoh perbincangan akademik mengenai ujikaji secara pra-klinikal (kajian makmal), klorox boleh membunuh bakteria dan virus sehingga 99%. Namun adakah apabila kita demam akibat virus atau bakteria, boleh terus kita minum klorox? TIDAK! Bodohlah kalau terus kita minum dek kerana secara teori akademiknya klorox boleh membunuh kuman. Ianya WAJIB dijalankan kajian atas manusia yang ramai. Berapa jumlah dos yang sesuai? Bagaimana kaedah diberi, minum atau cucuk? Apakah Farmakokinetik (pergerakan sesuatu bahan dalam tubuh) itu mendatangkan hasil atau kesan yang sepatutnya. Apakah kesan negatif? Dan banyak lagi. Kalau sekadar pembuktian atas piring makmal, ianya tidak konklusif lagi. Secara teori bolehlah sembang, tetapi secara realiti, perlu dibawa bukti yang lebih jelas.

Sekali lagi, isu mRNA vaksin yang bertukar menjadi DNA itu sudah lama diungkitkan, namun secara realiti atas jutaan manusia yang telah diberikan vaksin COVID-19, tiada masalah besar pun. Bahkan vaksin COVID-19 telah berjaya mengurangkan kes-kes serta kematian akibat COVID-19.

Sebelum daripada ada vaksin lagi kumpulan yang sama membuat hingar bingar mengenai kewujudan COVID-19, kaedah kuarantin dan sekatan kesihatan awam yang kerajaan jalankan. Bagi mereka, semuanya itu tak berguna selagi kerajaan ikut arahan WHO, kata mereka. Masuk era pemberian vaksin, mereka semakin melalut sehingga mengangkat ubat seperti ivermectin sebagai ubat ajaib. Sedangkan sudah banyak hujah kajian bertaraf sahih menyatakan ivermectin tak berkesan.

Sebenarnya, tindakan mereka itu bertujuan mengurangkan lagi kepercayaan masyarakat kepada vaksin COVID-19. Bukan sahaja isu ini sahaja, tetapi isu lain pun mereka mempunyai satu agenda yang sama. Saya nasihatkan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan itu.

Suhazeli Abdullah

4.3.2022

P/s: Pakar yang bercakap tu pernah rawat kes COVID-19 ke? Atau sekurang-kurangnya dilantik dalam mana-mana jawatankuasa pengurusan COVID-19 peringkat klinik??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles