[av_textblock size=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” font_color=” color=” id=” custom_class=” template_class=” av_uid=’av-kocbxkj1′ sc_version=’1.0′ admin_preview_bg=”]

Vaksin COVID-19 dari AstraZeneca adalah paling banyak negara di seluruh dunia menggunakannya (139 buah negara). Diikuti rapat dengan vaksin Pfizer-BioNTech (90 buah negara), Moderna (42 buah negara), Sinopharm (35 buah negara), Gameleya / Sputnik V (31 buah negara) dan Sinovac (24 buah negara).
Inilah percaturan dan perlumbaan dunia bagi mengakhiri pandemik yang mencengkam kita semua sekarang ini.
Di setiap negara tersebut mempunyai badan regulatori ubat-ubatan yang bertanggungjawab meluluskan vaksin, memantau segala perjalanan perlaksanaan imunisasi dan akan bertindak menarik balik segala ubat termasuk vaksin jika berlaku perkara yang tidak diingini. Sudah tentu penelitian rapi dan perbincangan teliti oleh badan-badan regulatori itu sehinggakan mereka bersetuju untuk meluluskan penggunaan vaksin dalam negara mereka.
Antara isu yang menjadi kebimbangan masyarakat adalah kejadian pembekuan darah setelah mengambil vaksin AstraZeneca yang telah disensasikan dalam semua platform media. Isu ini juga diambil perimbangan yang teliti oleh badan- badan regulatori setiap negara termasuk National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) negara kita.
Adalah sesuatu yang tidak munasabah badan-badan regulatori seluruh dunia yang terdiri dari ribuan pakar itu berpakat untuk menipu atau cuba mempunyai agenda peribadi mahupun tangan ghaib berkomplot untuk membunuh rakyat melalui kelulusan vaksin-vaksin berkenaan. Sedangkan mereka terikat dengan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan kesihatan rakyat.
Inilah medan kita, inilah perjuangan kita bagi berlawan dengan virus COVID-19 yang telah meragut jutaan nyawa. Gagalnya kita mengambil jalan ikhtiar ini adalah kegagalan kita bersama.
Bahkan bukan sahaja badan regulatori yang mengesyorkan pengambilan vaksin tersebut tetapi ribuan Kesatuan profesional perubatan dunia juga menyokong usaha ini. Boleh perhatikan kenyataan oleh Persatuan Jantung Amerika dan Persatuan Strok Amerika dalam isu ini:
1️⃣ In their analysis, the investigators assessed a database of 59 healthcare organizations and 81 million patients, 98% of whom were in the United States.
2️⃣ Of almost 514,000 patients diagnosed with COVID-19 between January 2020 and March 2021, 20 also received a diagnosis of CVST.
3️⃣ The risk of CVST due to infection with COVID-19 is 8 to 10 times higher than the risk of CVST after receiving a COVID-19 vaccine.
4️⃣ CVST blood clots causes by vaccine “are very rare adverse events”.
Tetapi manfaat daripada pengambilan vaksin AstraZeneca itu terlalu jauh melebihi daripada-daripada risiko yang disebut di atas. Kajian-kajian mendapati:
1️⃣ 76% keberkesanan mencegah COVID-19 bergejala (symptomatic). Maksudnya vaksin tidak menyebabkan serangan virus semakin teruk.
2️⃣ 100% keberkesanan mencegah jangkitan ke tahap kritikal dan kemasukan hospital.
3️⃣ 85% keberkesanan mencegah berlaku kematian akibat COVID-19.
Suhazeli Abdullah
6.5.2021
Kuala Terengganu
Rujukan;
[1] Deborah Brauser. AHA Guidance on Blood Clots Linked to COVID-19 Vaccine. Medscape Online. April 29, 2021.
[2] Dawn Connelly. Everything you need to know about COVID-19 vaccines. Pharmaceutical Journal. May 04, 2021.

[/av_textblock]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePersediaan Mengambil Vaksin AstraZeneca
Next articleAntibody Dependent Enhancement Selepas Vaksin COVID-19?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com