UBAT/BAHAN BERALKOHOL

Assalamualaikum wr wt

Kepada: Dr Suhazeli / ust Tarmizi
Kategori: Hukum minum ubat batuk beralkohol

Soalan saya:

Dr / ust, mohon p’cerahan…
Dlm ubat batuk, Ada alkohol bolehkah kita minum bagi tujuan perubatan?

Sekian:

Daripada Pn Nurliyana

JAWAPAN

Waalaikumussalam w.b.t, Pn Nurliyana yang dirahmati Allah,

Saya paparkan di sini berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
⑴ Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
⑵ Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
⑶ Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.
⑷ Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
⑸ Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum. [Contohnya dalam tapai sekitar 5% alkohol (tamb penulis).]
⑸ Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
⑺ Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak. [Rujukan http://www.e-fatwa.gov.my/…/alkohol-dalam-makanan-minuman-p…]
⑻ Bagi penggunaan gelatin, pepsin, dan rennet, bahan-bahan tersebut boleh digunakan jika sekiranya tiada unsur yang meragukan atau bernajis.
Isu Ubatan yang dilabel mengandungi alkohol
Dalam isu Paracetamol yang disebarkan tersebut (lihat gambar) adalah jenis alkohol [ethanol 6%] melebihi piawaian yang dibenarkan oleh pihak berwajib. Dan ethanol tersebut bukan terhasil dari proses pembuatan arak. Justeru, bukan isu hukum, tetapi ianya melibatkan keselamatan bahan dan kemudaratannya jika diberikan kepada anak-anak.

Viral message jadi nampak negatif pula.
Sebenarnya ethanol 6% tu tak sesuai utk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. Garis panduan KKM spt berikut:
{% ethanol Piawaian yang dibenarkan}
0.5%~ utk <6 tahun
5%~ utk 6-12 tahun
10%~ utk >12 tahun
(Food & Drug Act 1993)

Justeru message tersebut dikeluarkan bagi menarik balik semua jenis ubat syrup PCM yang tidak mengikut piawaian.

Mengikut garis panduan anak² kurang 2 tahun tidak digalakkan beri ubat selsema/batuk. Manakala ubat demam (PCM) diberi dalam dose tersukat ikut berat badan.

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
F: fb.com/drsuhazeli
W: suhazeli.com

 11.8.2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book