hadi[24 jun 2016] SYUKUR diberi peluang untuk berdiskusi dengan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) di rumahnya, Rusila pagi tadi. Hasil dari jemputan anak beliau Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi untuk membincangkan isu hangat vaksin yang diperdebatkan kini. Perbincangan ini merentasi sempadan politik dan kemelut negara. Tumpuan hanya isu vaksin.

TGHH dengan tegas menyatakan sesiapa yang menolak perubatan termasuk vaksin sebagai golongan yang jahil dalam agama.

“Mereka membaca kitab tak habis,” itulah ayat yang tegas disebut oleh beliau.

IMG-20160624-WA0127Bertemuan ini menjadi medan ilmiah setelah TGHH membuka laptopnya dan menunjukkan kepada kami kitab-kitab rujukan termasuk rujukan dari Maktabah Syamilah.

“Vaksin adalah darurah, mesti diambil! Percayalah kepada orang yang ahli dalam bidang ini,” tegas beliau dengan nada serius.

Beliau kesal isu yang berlaku akhir-akhir ini, seolah-olah ibu bapa yang enggan memberi vaksin kepada anak-anak mempertaruhkan kesihatan mereka. Malah anak-anak dan cucu-cucu beliau pun diberi vaksin.

Isu Yahudi dan agendanya juga disentuh dalam pertemuan tadi. Salah faham kita bermuamalat dengan Yahudi dan Kristian berlaku akibat kita terlalu terkongkong dengan pemikiran jumud serta tidak mempelajari kitab ulamak muktabar secara mendalam.

IMG-20160624-WA0131“Jika berkawan, boleh makan bersama Yahudi, boleh tidur bersama kristian”. Antara beberapa tamsilan ulamak dalam bab muamalah dengan orang bukan Islam.

“Dalam Quran juga menyebut berkaitan dengan makan makanan Yahudi ini. Ini kita kena faham,” sambung beliau.

Isu penggunaan bahan syubhah dalam vaksin juga dibentangkan kepada kami. Lantas beliau membuka satu lembaran artikel dari Syeikh Atiyah Saqar yang mengulas penggunaan bahan haram dalam perubatan seperti penggunaan organ jantung dari khinzir juga dibenarkan dalam keadaan menyelamatkan nyawa manusia (hifz al nafs). Konsep istihalah dan istihlak banyak disebut oleh para ulama boleh diambil sebagai hujah yang mengharuskan penggunaan ini. Banyak lagi contoh-contoh lain yang saya tidak sempat catat di sini.

Akhir sekali beliau bersetuju untuk membuat satu kenyataan berkaitan isu ini dalam masa terdekat demi memberi kesejahteraan kepada ummah secara keseluruhannya.

Terima kasih Tuan Guru kerana sudi menjemput kami.

fb.com/drsuhazeli

Save

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTok Arab Makan Membazir
Next articleAEFI Tidak Pernah Dinafikan Sebaliknya Sering DISALAHERTI
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com