Berkaitan dengan Vaksin Covid-19 yang sekarang ini. Kita dapati ada orang yang ada alahan atau dia ragu-ragu untuk mengambilnya. Dalam Islam jika ragu-ragu adalah kita perlu tinggalkan perkara yang kita ragu-ragu itu. Ini Hadis nabi suruh kita ambil perkara yang kita tidak ragukan. Betul ke pendapat ini?
𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻: Ya ragu-ragu perlu dihapuskan dengan keyakinan. Penjelasan demi penjelasan telah dibuat, masalahnya timbul lagi ragu-ragu dek kerana sebaran maklumat palsu dan tidak betul masih berleluasa. Majoriti rakyat faham apa yang dijelaskan oleh para pakar perubatan dan agamawan. Cuma yang menimbulkan keraguan adalah golongan antivaksin.
Saya bertanya Al Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, berkaitan dengan hadis:
عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: حَفِظْت مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم “دَعْ مَا يُرِيبُك إلَى مَا لَا يُرِيبُك رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ : حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ
Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kesayangannya Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata: “Aku telah hafal dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu’.” [Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasâ`i. At-Tirmidzi berkata,“Hadits hasan shahîh]
Ustaz Ahmad Tarmizi Taha menerangkan hadis ini berkaitan dengan masalah halal atau haram.
Hadis di atas merupakan keratan dari hadis yang panjang tentang qunut dalam solat Witir. Dalam riwayat at-Tirmidzi dan selainnya terdapat tambahan dalam hadis tersebut,:
فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِيْنَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيْبَةٌ.
Kerana sesungguhnya kebenaran adalah ketenteraman dan dusta adalah keraguan.
Sedangkan lafazh dalam riwayat Ibnu Hibban ialah:
فَإِنَّ الْخَيْرَ طُمَأْنِيْنَةٌ وَإِنَّ الشَّرَّ رِيْبَةٌ.
Kerana sesungguhnya kebaikan adalah ketenteraman dan keburukan adalah keraguan.
Boleh dengar lanjut ulasan beliau dalam video berikut.
Rujukan: https://almanhaj.or.id/12006-memilih-yang-diyakini-dan-meninggalkan-keraguan-2.html
