Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Terapi Bawa Maut 

#Larangan_Keras_Tiru_Kaedah_Ini
Saya terkejut apabila membaca satu laman facebook yang paparkan kaedah merawat ‘varises’ (Varicose Vein). Menurut penerangan beliau bahawa darah/toksid dan sel-sel darah mati terperangkap dalam saluran vena berpuluh tahun lamanya. Akhir sekali rawatan yang diberikan adalah menebuk varicose vein tersebut agar darah keluar.
Suka saya memberi nasihat kepada seluruh pembaca sekalian agar jangan mudah terpengaruh dengan kaedah perubatan bahaya ini. Segala dakwaan yang mengatakan darah tersebut toksid adalah tidak benar dan satu pembohongan. Tambah menyedihkan lagi tulisan tersebut disandarkan kepada Nabi, kononnya kaedah perubatan Nabi.
Pengeluaran darah seperti ini merbahaya kerana mempunyai risiko perdarahan yang banyak hingga boleh bawa maut. Ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman terutama ke atas pesakit kencing manis.
Sekian nasihat ringkas saya.
Dr Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli
#fasdhu 

#thibbunnabawi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles