[av_textblock size=” font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-ki4bus6z’ id=” custom_class=” admin_preview_bg=”]

Terdapat dakwan bahawa amalan tahnik bayi itu meningkatkan sistem imun bayi. Secara umum saya bersetuju dengan kenyataan itu. Zat makanan berkhasiat yang terdapat dalam buah tamar secara umum boleh membantu badan bayi tersebut semakin sihat. Begitu juga susu ibu yang diberikan mengandungi antibodi semulajadi kepada badan bayi secara umum. Susu Ibu mengandungi IgA, lisozim, antioksidan dan pelbagai bahan lain yang menjadi faktor pencegah kepada penyakit cirit dan penyakit saluran pernafasan terhadap bayi.
Contohnya: Andaikata pentahnik itu berpenyakit Tuberkulosis sekalipun, Mico Bacterium Tb yang ada dalam air liur beliau bukan bersifat vaksin. Malah boleh memudaratkan pula kepada si bayi yang masih kecil.
.
Namun tahnik adalah bukan pencegahan secara khusus bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit berbahaya seperti tuberkulosis, difteria, pertusis, campak, polio dan lain-lain. Ianya tidak boleh digantikan dengan vaksin. Tambahan pula Tamar yang diberikan itu hanya bersifat sementara dan tiada unsur aktif yang boleh merangsang sistem pertahanan bayi secara khusus. Manfaat dan zat yang diperolehi dari Tamar tahnik tersebut hanya seketika.
Bagi susu ibu, kajian menunjukkan bayi yg menyusu ibu mampu menghasilkan tindakan yang lebih berkesan untuk menghasilkan antibodi. Ianya seiring sebagai langkah pencegahan.  Susu ibu mengandungi immunomodulator yang  membantu tindakan vaksin yg lebih baik. Namun ianya bukan gantian kepada vaksin yang diberikan secara khusus bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit.
Tahnik dan susu ibu berbeza dengan vaksin yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Vaksin-vaksin yang disuntik kepada anak-anak kita itu sudah pun menjalani proses pembuktian dan selamat digunakan sejak sekian lama. Sekali lagi vaksin dapat mencegah semampu mungkin dari anak-anak dijangkiti oleh penyakit berjangkit berbahaya seperti yang disebutkan di atas.
.
Adalah menjadi satu kefahaman yang salah jika kita hanya bergantung kepada tahnik dan susu ibu sahaja dalam ikhtiar mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Mungkin terdapat dikalangan kita yang mendakwa, sebelum era vaksinasi di dunia ini, ramai sahaja manusia boleh hidup. Saranan saya supaya golongan yang berkata demikian agar membaca sejarah dan ambillah iktibar dari sejarah itu. Carilah melalui google itu akan kisah pesakit polio yang terpaksa menggunakan “iron lung” sekitar tahun 1920 dahulu kala. Penderitaan dari serangan kuman polio menyebabkan rangka paru-paru mangsa tidak dapat berfungsi sehinggakan terpaksa menggunakan kebuk paru-paru khas.
Hasil dari kejayaan pemberian vaksin polio, Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan Malaysia sudah bebas dari penyakit polio tahun 2000. Ini adalah satu kejayaan yang tidak boleh dinafikan lagi. Begitu juga dengan penyakit-penyakit bawaan kuman lain lagi yang berbahaya, kejadiannya turun secara mendadak setelah pemberian vaksin secara menyeluruh dalam negara. Jumlah kematian sebelum era vaksinasi ratusan ribu, dan kini selepas era vaksinasi, kejadian penyakit dan kematian boleh dibilang dengan jari.
Tulisan ini bukannya saya menolak tahnik dan susu ibu. Tidak sama sekali. Boleh diteruskan kedua-duanya sebagai sunnah dan kesihatan umum. Anak-anak saya pun ditahnik dan diberikan susu ibu sepenuhnya.
Suhazeli Abdullah
.
Sekian jawapan dari suhazeli.com
1.11.2018
Kuala Berang

[/av_textblock]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBahaya Cucuk Hormon Seks
Next articlePenjelasan Sdr Rahman Baco Isu Vaksin Haram
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com