Tiada keperluan buat masa ini menyekat kemasukan pelancong dari China secara total kerana Kerajaan China sendiri telah pun menutup pintu masuk ke wilayah-wilayah yang terlibat. Presiden Xi Jin Peng juga mengisytiharkan China sedang berada dalam suasana berkabung. Kerajaan China juga mengarahkan syarikat pelancongan hentikan jualan tiket keluar dari China bermula Jumaat lalu.
.
Paling penting bagi setiap negara termasuk Malaysia adalah mengadakan saringan yang lebih ketat di pintu masuk negara. Walaupun mungkin virus Corona dari China itu sudah tidak masuk melalui Wuhan atau wilayah terlibat, tetapi negara-negara lain yang disyaki dijangkiti juga mempunyai potensi merebak. Kita masih belum mengetahuinya dengan pasti.
.
Bagi rakyat, dipohon bertenang. Jangan semuanya fobia dengan barangan dari China. Sehinggakan barangan Lazada atau Shoppe pun nak sental dengan sanitizer. Begitu juga buah-buahan dari sana, bukan punca virus merebak. Virus Corona itu perumahnya adalah makhluk hidup. Limau mandarin, pinggan mangkuk, barang letrik dan sebagainya dari sana adalah bebas dari virus. Inilah realiti yang kita terima buat masa ini.
.
Bagi Muslim, banyakkan berdoa dan tunaikan solat hajat agar kita semua terlindung dari bala yang Allah uji ini.
.
Sekian dimaklumkan
.
Suhazeli Abdullah
26.1.2020
Johor Bahru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book