Berikut adalah beberapa rumusan yang sempat saya catat setelah beberapa siri jelajah penerangan mengenai Vape diseluruh negeri Terengganu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini dengan jayanya.
1. Majoriti peserta beriltizam dan menandatangani akujanji #Vapeoff #SayNoToVape #StopVapping #StopSmoking. Suara padu ini datang dari para pemimpin masyarakat, ketua-ketua organisasi dan penjawat awam yang dijemput dalam sesi tersebut. Malah luahan perasaan mereka semasa sesi dialog menunjukkan komitmen serta kesungguhan yang tinggi bagi merealisasikan Terengganu bebas asap rokok (#TBAR) menjelang 2025. Mereka juga menyeru jalinan padu dari pelbagai pihak bagi membenteras fenomena vape ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat. KKM juga tidak berbelah bahagi (double standard) dalam tindakan undangยฒ terhadap rokok. Isu rokok telah diperjuangkan sejak sekian lama.
2. Persoalan yang selalu diajukan semasa sesi soal jawab adalah berkaitan dengan perundangan nikotin. Peserta masih keliru dan tidak memahami dengan jelas kenapa tindakan dikenakan kepada pengusaha vape sepertimana rampasan cecair vape bernikotin 5 Nov 2015 lepas. Pegawai Farmasi menerangkan cukup jelas bahawa tindakan yang dilakukan tersebut tertakluk kepada punca/bidang kuasa yang termaktub dalam undangยฒ sepertimana dijadualkan dalam Akta Racun 1952. Manaยฒ individu yang menyediakan/mengilang, mengedar, menjual dan memiliki racun nikotin boleh didakwa. Rokok juga termasuk dalam klausa akta Racun 1952. Akan tetapi rokok terdapat satu lagi akta yang mengikat penguatkuasaan undangยฒ, iaitu Akta Makanan 1983 ; Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (pindaan). Justeru tangkapan dan rampasan rokok akan dikenakan kepada yang tidak berdaftar serta tidak mematuhi Akta makanan 1983 serta Akta Racun 1952 tersebut. Bukannya isu cukai atau laba GST yang diperolehi oleh kerajaan. Isunya kemudaratan kesihatan yang lebih besar dari itu perlu diutamakan.
3. Terdapat soalan dari peserta yang menyatakan mereka lebih selamat dengan vape. Malah mereka juga mendakwa kebaikan vape kerana ingin beralih dari ketagih rokok kepada vape sebagai alternative berhenti merokok. Kajian yang saya paparkan sepertimana jurnal perubatan tersebut memang benar menyatakan vape lebih selamat 95% berbanding dengan rokok. Orang awam perlu jelas bahawa kajian tersebut dilakukan terhadap 7000 lebih sampel di bawah kawal selia ketat para pengkaji yang berautoriti. Mereka juga telah menjalani sesi kaunseling untuk kajian tersebut dan dijalankan dibawah kawalan etika khusus. Apa yang berlaku sekarang ialah vape sudah menjadi luar kawalan. Pengambilan nikotin sudah tidak bersukat. Tanpa mengenal jantina dan taraf umur. Menjadi satu fenomena yang membanggakan. Lebih menakutkan adalah ianya menjadi pintu masuk kepada dadah terlarang. Sejarah dan kajian telah terbukti bahawa vape ini mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Sebelum “api” ini menjadi lawan yang merosakkan generasi, terlebih aula ianya diharamkan. KKM konsisten dalam isu ini.
4. Kajian dari Bullen dan rakanยฒ (2013) mengesahkan bahawa hanya 3.4% sahaja para perokok berhenti terus dari rokok setelah menggunakan vape. Sebanyak 96.6% lagi masih lagi ketagih rokok. Malah Al-Delaimy dan rakanยฒ (2015) mengesahkan majority mereka menjadi ketagih kepada kedua-duanya (rokok dan vape). Kajian ini menolak dakwaan vape sebagai alat ganti untuk berhenti merokok. Apa yang diperhatikan adalah golongan vapors ini terlalu vokal kerana berlaku konflik kepentingan dikalangan mereka.
5. Isu lain yang dibangkitkan oleh peserta adalah ketidakseragaman fatwa yang dikeluarkan beberapa badan berautoriti agama. KKM sedari awal memberi komitmen untuk mengharamkan vape berdasarkan punca kuasa undangยฒ sediaada dan melihat kemudaratan kesihatan yang telah terbukti setakat ini. Komitmem ini turut disambut oleh majlis fatwa Kebangsaan dan beberapa majlis fatwa negeriยฒ. Oleh kerana perwartaan fatwa negeriยฒ bergantung kepada pihak berkuasa agama negeriยฒ, kita dapat lihat ketidakseragaman ini. Setakat ini hanya Wilayah Persekutuan KL, Kedah, Pulau Pinang, Kerjaaan Kelantan dan beberapa Universiti tempatan telah menzahirkan pengharaman vape. Begitu juga Sultan Johor yang mencemar duli membuat arahan mengharamkan vape di johor berdasarkan bidang kuasa yang diberikan kepada baginda. Saya cukup yakin sedikit masa nanti pengharaman ini akan menyeluruh dan semua pihak akan menyatakan sokongan kearah usaha ini.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
W: suhazeli.com
F: fb.com/drsuhazeli
13.12.15
~Can Share~
