Rasulullah pernah memberi amaran bahawa diakhir zaman, zina akan dilakukan secara terang-terangan. Zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah itu telah tiba kerana kita telah menyaksikan bukti-buktinya akhir-akhir ini. Sebagaimana statistik terakhir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia dari 2000 hingga 2008 menyatakan 257,000 anak luar nikah telah didaftarkan. Jika dikira hampir 84 kes sehari dengan kadar 17 minit, 17 saat satu kes akan didaftarkan. Jumlah ini amat membimbangkan kita yang menggelarkan diri sebagai seorang muslim. JPN juga mengeluarkan data dari tahun 2005 hingga 2009 bahawa 74,723 orang anak tidak sah taraf adalah berbangsa melayu (35%) dari jumlah sebenar 214,033 orang. Beberapa kajian juga membuktikan bahawa kelakuan seks dikalangan remaja meningkat dari 1.8% pada tahun 1996 ke 4.2% pada tahun 2006. Jika diperhatikan juga didada-dada akhbar bahawa anak remaja sudah tidak segan silu mendedahkan aurat mereka, melakukan mukaddimah zina malah bangga melakukan zina.

Justeru Nisa Terengganu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan modul jati diri remaja dengan slogan “Sayangi Diri Anda”.  Sesi motivasi ini telah berjalan diseluruh daerah di Terengganu bermula bulan jun tahun 2010 sehingga sekarang. Sehingga kini, dua belas sesi telah berjalan dengan matlamat yang utama adalah mengajak anak remaja menjauhi diri mereka dari gejala zina.
Penganjur utama program ini adalah pertubuhan Nisa Terengganu. Sesi ceramah interaktif motivasi telah dijalankan oleh Ustaz Mohd Hagia Sofia Mohd dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan Dr Hj Suhazeli Abdullah, mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka. Sehingga kini lebih dari 2000 peserta di seluruh negeri Terengganu menghadiri program ini.
Pengisian “Sayangi Diri Anda” ini berbentuk interaktif, dimana peserta akan dibekalkan lembaran kerja bagi memudahkan pemahaman isi yang disampaikan. Motivasi bijak jauhi zina ini berjalan selama 3 jam tanpa henti. Persembahan berbentuk tayangan slide, persembahan video multimedia, kesan bunyi tertentu dan kata-kata motivasi bertujuan agar peserta insaf dan seterusnya menyayangi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)
Next articleinternet adalah candu masyarakat
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com