KATEGORI TAHARAH
ISU MENGERAT KUKU KETIKA BERHADAS BESAR
SOALAN
Mohon pencerahan, jika potong kuku atau rambut ketika berhadas besar. Syukran.
JAWAPAN
Harus memotong kuku atau rambut ketika berhadas besar. Di antara pendapat ini ialah hadis riwayat al Bukhori:baginda SAW bersabda kepada Aisyah RA ketika itu beliau didatangi haid:
انْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي
Rungkaikan sanggul kepalamu dan sikatlah rambut.
Dalam hadis di atas secara tidak langsung menunjukkan harus sikat rambut ketika haid kerana pada kebiasaannya ada rambut gugur ketika ia disikat.
Ada juga segelintir fuqaha berpendapat digalakkan agar tidak dipotong rambut atau kuku ketika berhadas besar. Berkata hal ini Syeikh Dawud menaqalkan di dalam kitab Bughyah:
( Dan demikian lagi ) orang yang junub atau orang yang haid dan nifas jangan ia menghilangkan sesuatu daripada rambut dan bulunya dan kukunya atau darahnya atau kulitnya kerana segala sukunya lagi akan dikembalikan kepadanya pada akhirat dengan sifat janabah dan kata bahawasanya tiap-tiap sehelai rambutnya itu menuntut ia akan janabahnya seperti barang yang sudah dahulu sebutnya.
Walaubagaimanapun Bujairimi berpendapat pendapat ini perlu dinilai kembali kerana anggota yang kembali kepadanya pada hari kiamat ialah anggota yang berada pada jasadnya ketika dia meninggal dunia, bukannya kuku-kukunya yang dipotong sebelum kematiannya.
Al Bujairimi berkata:
( إذْ يُرَدُّ إلَيْهِ سَائِرُ أَجْزَائِهِ ) فِيهِ نَظَرٌ ، لِأَنَّ الَّذِي يُرَدُّ إلَيْهِ مَا مَاتَ عَلَيْهِ لَا جَمِيعُ أَظْفَارِهِ الَّتِي قَلَّمَهَا فِي عُمُرِهِ ، وَلَا شَعْرِهِ كَذَلِكَ فَرَاجِعْهُ .
Pusat Talaqi Batu Rakit
.
والله أعلم.
